BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Ubi Kayu Rebus




Malam tadi, masa semua duk bersantai lepas dinner, saya lantas bangun lagi menuju ke dapur. Teringat dah janji kat papa dalam telefon di sebelah siangnya nak rebus ubi kayu malam nanti. Sedap tu bila dicicah kelapa.... :D

Pagi semalam semasa melintas kat gerai pakcik yang jual sayur2 kampung tu, nampak ubi kayu macam fresh je....bila tanya pakcik tu, ternyata betul fresh....keluar getah2 putih bila pakcik tu patahkan sepotong ubi kayu depan saya....

"Berapa pakcik?", tanya saya lepas pakcik siap timbang ubi yang saya mintak beliau tolong pilihkan sebelum tu.

" mmmm....6 inggit", balas pakcik tu sambil tersenyum.

Hah??

"Errr...banyak le pulak rasanya tu, buang la sikit pakcik, bagi dalam 3 inggit je...", kata saya yang sedikit terkejut dengan jumlah RM yang disebut beliau. Takkan banyak benar nak beli ubi kayu ni...sampai 6 inggit...heheh

Menu A - Z