BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label BeKe. Show all posts
Showing posts with label BeKe. Show all posts

Thursday

Menu Open House Raya 2023

Alhamdulillah pada 23 Syawal lalu bersamaan 14hbMei 23, kami buat open house. Rai'kan tetamu dengan main dish nya tentu la menu klate.. hi hi

Perihal open house boleh tengok di SINI







Jadi hari tu kita ada..
  1. Nasi dagang kelantan lauk gulai ikan tongkol @ayo, telor, dan sambal ikan(sambal ni anakku Amir balik tolong buat A - Z dua hari sebelum open house berlangsung then frozen kan) tqsm bang.
  2. Nasi Tomato lauk gulai ayam & acar.
  3. Lontong special masakan menantuku, Rin. Sangat sedap❗️ timakasih rin. Resepi lontong kat SINI
  4. Nasi impit dan kuah kacang.
  5. Mee Goreng😁
  6. Lemang dan Rendang Ayam, Amir beli lemang area Masjid Assalam; dan menantuku Naim dibantu kakak(anakku Nur Farihin) ambil tugas masak rendang. Terbaik Naim❗️tq tq.. Kakak banyak tolong kerja² heavyduty cth cuci semua ayam yang nak dimasak dan clear dishes.
  7. Colek buah resepi arwah bonda. Manually tumbuk pakai lesung batu.(en suami ambik bahagian tolong potong buah untuk colek)
  8. Ada kueh lopez(anakku Shilah yang tolong setelkan urusan lopez malam sebelum peristiwa open house sebab mama dah flat!..)
  9. Kek carrot(Shilah yang tolong topping dengan creamcheese) Resepi kek Carrot kat SINI
  10. Puding Sagu Gula Melaka(prepared by kakak @ Nur Farihin) tq kak😘, sangat best❗️
  11. Kek Batik prepared by Rin, tq rin😘
  12. Agar2 merah kenduri kawin
  13. Kueh Beke(bingka/bengkang)
  14. Biskut raya chip sporties (Amir yang tolong buat cookies) dan tart nenas
  15. Ada kerepek pisang nangka homemade.
  16. Minuman sejuk sirap merah🥤(en suami ambik tugas buat cold drink)
  17. Ada air gas FN hijau, my paberet😍
  18. Minuman panas 'Nescafe Gold' kauw ni Rin yang incharge
  19. Minuman 'Nescafe Gold' O panas
  20. Dan air kosong 250ml ya..
Pembantu setia my en suami, anak² iaitu abg(Amir), kakak(Nur Farihin) n Shilah serta menantu Rin n Naim diselangi dengan riuh rendah gelagat 4 cucunda Aisyah, Fateh, Aryan n Uwais. Timakaseh ya tolong mama n papa realisasikan kejadian open house rumah kita. Semua tak berenti buat kerja...huuu..  Yang amazing nya, shilah yang gigih tolong catkan 6 pintu; 1 main door, 3 pintu bilik, 1 pintu bilik air, 1 pintu dapur..wowz!😲 tq shilah😘
Tak lupa tqsm Ba'an my anak sedara tolong² bergegas di dapur dengan Naim dan Amir time tetamu berpusu² datang 2pm - 7pm. Budimu dikenang Ba'an. 

Jazakallah. Moga Allah balas dengan kebaikan buat semua..aamiinn.  
 

ALHAMDULILLAH😘


Friday

Beke/Bengkang/Bingka/Kueh Bakar

Tajuk n3 beratur panjang.... nak sebut benda yang sama tapi nak tunjuk panggilannya yang berbagai...hehe

Sepanjang tempoh seminggu anak2 semua bercuti kat rumah, dah tiga kali buat Beke. Kueh tempatan yang bukan saja sedap, tak muak makan, malah tersangat lah cepat nak menyediakannya. Bekalan muffin pun sentiasa ada je dalam freezer.. jadi takde la risau, anaknda kalu lapar.. makanan InsyaAllah ada je standby... :)


Beke tu buat separuh dari sukatan asal resepi.... pakai 2 bijik telor je tiap-kali adun... bukan takat makan kat umah, siap bawak bekal lagi kalu time time kitaorang keluar tu... :)


Ada yang tanya, "sukatan 4 cawan santan tu camane pekatnya, kak?"

Nak senang jom semak banyak mana saya pakai pati santan untuk sukatan 2 bijik telor ini.
________________

RESEPI BEKE

Bahan:
  • 1 setengah cawan tepung
  • ¾ cawan gula
  • 3/4 cawan pati santan
  • 2 cawan  air daun pandan *mesin 5 helai daun pandan + air, jadikan 2 cawan* .
Nota: (jika guna santan Kara; satu kotak kecil santan Kara+ air daun pandan  2 cawan)
  • 2 biji telor
  • setengah sudu teh garam
  • satu scop vanilla
Cara: Panaskan loyang yang dah siap disapu margerin/minyak dengan kepanasan 180'. Satukan kesemua bahan, mesin dalam jug pengisar jus. Tapis. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar lah selama 1 jam.

Wassalam.

Thursday

BeKe



BeKe ini nak betul sebutnya kena sebut dalam sebutan bahasa Inggeris untuk perkataan 'bear' dan 'care' .... hehe...

Sejak dulu yang saya tau kuih ini namanya BeKe, tapi bagi sesetengah orang ada yang panggil Kuih Bakar, Bengkang pun ya... tak kisah lah.... cam-cam nama ada, apa2 pun kuehnya agak
simple, senang nak buat dan tersangat la sedap untuk hidangan minum petang sekeluarga.


Bahan-bahannya:
  • 4 biji telor
  • 3 cawan gandum
  • 1½ cawan gula *boleh ditambah kalu kurang manis*
  • 4 cawan santan pekat ( jika guna santan kotak: 1kotak kecil santan Kara 200ml + air = 3¾ cawan)
  • 1 cawan air daun pandan(mesin 7 helai daun pandan)
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit vanilla
  • sedikit pewarna hijau(optional)

Caranya senang je....
  1. Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus. 
  2. Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
  3. Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam oven selama sejam.
  4. Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.

    Menu A - Z