BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Kerutup Darat


Salam.... N3 kedua untuk hari ini.... :)

Kerutup Darat memang superb rasanya.... hehe....bagi saya laaa...... Rasa dia tak muak. Bila kita rasa tawar2 mulut tu, besttt sangat kalu masak lauk2 macam ni.

Bagi yang susah nak dapat bekalan rempah kerutup tu, elok sangat kalu nak terai buat Kerutup Darat ni... senang, takde nak pakai rempah segala.... boleh pakai bahan2 ori yang ada kat dapur tu je....


Jom tengok caner...

RESEPI KERUTUP DARAT
Bahan2nya:

  • 1/2 kg daging steak *daging ros/filet yang lembut*
  • santan pekat
  • halia sebesar ibu jari
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang puteh seulas kecil
  • kunyit hidup 1 inci
  • sehiris lengkuas *hirisan nipis sahaja*
  • lada kering 3 - 4 tangkai
  • 1 asam keping/gelugur
  • 1/2 sudu besar rempah biji (ketumbar) ... tak payah tumbuk, bubuh 'hidup2' *oghe kelate kata*
  • garam
  • gula
Cara:
  1. Tumbuk lada kering, lengkuas, halia, kunyit, bawang merah serta bawang puteh.
  2. Gaul dengan daging.
  3. Masak sampai hampir kering air baru dibubuh santan pekat, asam keping serta rempah biji.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masak sampai agak naik minyak dengan menggunakan api yang kecil.
  6. Sedia untuk dihidangkan... tapi kan lebih best lagi rasa kalu yang buat tengahari, makan time dinner, lagi berpalut rasa.

Ayam Kicap





Assalamualaikum...

Ayam kicap saya ada macam2 versi... kadang buat yang campur kentang kuah cair2 sikit tu, kadang yang kicap campur air asam jawa/asam keping, terkadang buat yang campur sos tomato/sos cili.

Ghase2nya sume sedap.... tapi nampak yang campur sos tu yang paling anaknda suka... mungkin sebab kuahnya likat sikit dan ada rasa manis2 sos.
Jom tengok camane citer... :)

RESEPI AYAM KICAP
Bahan2nya:

  • 6 ketul kepingan ayam diperap garam kunyit
  • bawang merah besar 2 labu *sebiji untuk dimayang dan ditumis, sebiji lagi untuk dihiris sebagai hiasan*
  • bawang puteh 1 ulas *dicincang halus*
  • halia muda 2 inci *dihiris macam batang mancis*
  • cili merah *dimayang sebagai hiasan*
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap manis cap kipas udang
  • setengah cawansedikit air masak
  • dua tiga helai daun limau purut
Cara:
  1. Goreng ayam hingga masak sempurna
  2. Guna kuali lain, tumis bawang merah yang dimayang, bawang puteh serta halia.
  3. Masukkan kicap tiga empat renjis diikuti dengan sesudu besar sos cili dan sos tomato
  4. Tambahkan sedikit air masak.
  5. Bila dah nampak cantik berkilat, masukkan ayam, balik2kan dalam kuah tadi.
  6. Masukkan lebihan air masak, hirisan bawang merah, cili merah dan daun limau purut. Kecilkan api.
  7. Biarkan kuah likat dan nampak naik minyak, baru ditutup api.
  8. Dah siap.... wangiiii bau ayam kicap tu bila dah masuk daun limau purut... hehe
** nota: Tak perlu ditambah garam sebab rasa kicap dah secukup rasa ditambah dengan ayam goreng yang dah digaram-kunyit.



Tuesday

Kacang Panjang Goreng Sambal


Ini satu lagi menu faveret bila ada stok kacang panjang.

Kalau buat masak kari/bergulai, menu yang satu ini selalu ikut mengambil tempat di meja hidangan. Sedap bila goreng kacang panjang ala-ala bersambal ni, rasa berpalut bila makan ngan kuah2 yang berlemak tu.

Caranya senang je.... tapi di n3 kan juga khusus buat anak2 perempuan ku yang dua orang kat rumah tu...heheh


Bahan2nya:

  • kacang panjang seikat/RM1 dipotong menyerong *saya selalunya curi simpan 4 -5 urat darinya untuk rezef buat campur2 masak sayur lemak/buat masuk dalam gulai nasi berlauk*
  • cili merah 3 - 4 tangkai
  • bawang merah 1 labu kecil
  • seulas kecil bawang puteh
  • garam
  • gula
Cara:
  1. Blend cili merah, bawang merah dan bawang puteh.
  2. Tumis kesemuanya hingga agak garing kemudian tambahkan garam dan gula. Lebihkan sedikit gula untuk rasa yang ada manis2 sikit...
  3. Akhir sekali baru dimasukkan kacang panjang...balik2kan sebentar sahaja, tutup api.

Sotong Goreng Garam Kunyit

Lauk yang saya padankan dengan kari ikan kembong selalunya:

Sotong goreng garam kunyit
Cara: Sotong dibuang dakwat hitamnya, dibersihkan, dikelar sedikit lalu digaram kunyit. Masak tanpa minyak terlebih dahulu untuk keringkan airnya. Bila dah hampir kering air, baru dimasukkan sedikit minyak. Sebelum diangkat boleh lah dimasukkan hirisan bawang besar dan cili hijau.

**kalau sotong saiz besar, boleh la dipotong kecil sebelum digoreng.

Kari Ikan Kembong


Assalamualaikum. N3 ke dua untuk hari ini... :)

Alhamdulillah rasa masih free hari ini sebelum mula sibuk dengan projek cookies saya untuk tahun 2010. Jadi nak post kan beberapa n3 tertunggak yang dikhuatiri jika tak dipindahkan gambar2 tu secepat mungkin ke dalam blog, possibility untuk ianya terdelete, berkemungkinan besar ...heheh


Orite, ini Kari Ikan kembong saya. Boleh kata selalu jugak la saya mengari.... sebabnya kalu
time lari2 sikit tu, rasa lagi cepat siap mengari berbanding nak bergulai.... :)

RESEPI KARI IKAN KEMBONG
Bahan2nya:

  • ikan kembong sederhana besar 4 ekor
  • pati santan setengah cawan
  • rempah kari ikan 2 sudu besar umbu
  • sedikit rempah campur *boleh dapat dari kedai runcit India*
  • bawang merah besar 1 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • daun kari 2 tangkai
  • buah tomato 2 biji (sebiji dibelah 2, sebiji lagi dipotong dadu)
  • bendi
  • air asam jawa *alhamdulillah sekarang dah yakin balik nak pakai asam jawa*
  • garam
  • gula
Cara:
  1. Bawang merah, bawah putih, halia dan rempah campur di tumbuk kasa-kasa (tak lumat). Leraikan daun kari kemudian dilecek2kan lebihkurang dalam lesung tadi.
  2. Tumiskan kesemua yang ada dalam lesung.
  3. Bila dah agak garing masukkan rempah kari yang dijadikan pes terlebih dulu *campur dgn sedikit air*
  4. Biarkan bahan tumisan masak betul baru dimasukkan ikan.
  5. Balik-balikkan ikan kemudian masukkan air asam jawa dan buah tomato yang dipotong dadu. Biarkan sebentar dengan periuk bertutup.
  6. Tambahkan santan dan sedikit air masak, bergantung pada banyak mana kuah yang diingini. Masak dengan api yang kecil.
  7. Kemudiian masukkan bendi diikuti dengan buah tomato yang dibelah 2.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  9. Tutup periuk dan biarkan masak sedikit masa lagi sebelum ditutup api.

Ikan Percik Kuah Puteh


Assalamualaikum.

Selamat menyambut 1 Syaaban buat semua kawan2 blogger tak kira di mana saja anda berada... moga Allah sentiasa pelihara kita jauh dari segala perkara yang tidak baik, moga kita sentiasa diilhamkan kecerdikan dan dilindungi dari kerosakan jiwa...aminnn

Hari ni nak citer pasal ikan percik tapi versi nombor 2 iaitu stail kuah puteh. Takde beza sangat dengan ikan percik yang biasa buat tu *sila klik di SINI*, cumanya yang ini tak masuk cili kering... Itu je beza....


Dah dekat nak posa ni, InsyaAllah asyik buat percik aje lah kami nanti.... Amat berselera bukak posa kalu ada ikan percik/ayam percik.... kena pulak saing ngan 'daging goreng buku' yang dihiris nipis, solok lada, ulam dan tumis nasik kerabu, lagi lah bertambah2 selera posa posa tu... :)


Jom tengok resepinya...

Bahan2:

  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • santan untuk kuah percik
  • gula dan sedikit manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk tujuan pekatkan kuah *bagi yang nak rasa ori santan, tak perlu la taruk tepung beras ni*
  • 1 asam keping

Caranya:
  1. Mula2 sekali, kuatkan hati hadapi cabaran untuk nak hidupkan api dari dapur arang....hehe *bab ni yang saya selalu surrender...amat mencabar kesabaran* :)
  2. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  3. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  6. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti.

Menu A - Z