BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Popia Goreng




Bila sebut popia goreng teringat masa moreh kat masjid di bulan puasa hari tu. Abang yang dapat balik time weekend je berpeluang ikut berterawih bersama2 di masjid. Seterusnya berpeluang le pula merasa juadah moreh yang disediakan. Saya tengok abang nampak suka sangat dengan popia nih... tu yang kadang saya ambik peluang tapau bawak balik lima enam keping lagi kalu nampak ada banyak berlebih tu....hehe

Dua hari lepas saya buatlah popia goreng ini sebagai juadah minum petang kami. Abang dah nak balik hostel, dah abih cuti dah setelah 3 minggu dapat temankan saya di rumah. 2 in one le kiranya buat popia ni, satu sempena abang yang nak balik skul untuk mulakan 2nd Semenster tu dan satu lagi untuk raikan befday kakak sekali lagi... :)



Resepi Popia Goreng

Bahan2nya:

  • kulit popia saiz besar
  • sengkuang
  • carrot
  • isi udang dipotong dadu
  • sedikit udang kering ditumbuk
  • bawang merah dicincang
  • bawang puteh dicincang
  • garam
Cara buatnya:
  1. Sengkuang dan carrot dikupas kulit dan di mayang nipis *saya mesin dalam food-processor je*
  2. Tumiskan bawang merah dan putih diikuti dengan udang kering.
  3. Kemudian masukkan isi udang hidup yang telah siap dipotong dadu.
  4. Masukkan sengkuang dan carrot. Perisakan dengan garam.
  5. Bila inti dan agak sejuk, sudukan ke atas kulit popia, gulung kemas.
  6. Oleskan sedikit hujungnya dengan air untuk tujuan sebagai pelekat.
  7. Dah siap semua, bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh *terendam*

Bahan sos penyicah/air lada untuk dimakan cicah dengan popia:
  • cili merah 5 - 6 biji
  • bawang putih seulas
  • air masak setengah cawan
  • gula 1 cawan
  • sedikit garam
  • cuka 5 sudu besar
Cara buatnya:
Mesin semua bahan kemudian masaklah hingga sos menjadi cair-cair likat....


**p/s.....Inti untuk popia ni macam-macam boleh buat... kalu ada isi ayam, daging dan tauhu boleh dipotong dadu.... boleh juga dimasukkan taugeh dan kangkung ....pendekkata banyak pilihan bahan untuk dibuat inti popia. Tapi hari tu kebetulan saya ada carrot dan sengkuang je...jadi buat guna apa yang ada je lah.... :)


Menu A - Z