BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Koleh Ubi Kayu


Assalamualaikum.

Baru lepas balik dari hantar anak bujang ke bus-stop tadi. Abang hari ni baru balik Mahallah sebab karang kelas kul 3. Jadi takde lah macam selalu, hari Ahad dah rushing nak balik sana. Lega hati masa lepaskan abang naik bas tadi, sebab dah siapkan heavy breakfast buat anak bujang saya tu, berupa nasi goreng beserta side-kick karipap dan donat. Alhamdulilllah, InsyaAllah kenyang anakku.... :))

Ok kita tengok menu minggu lepas. Buat Koleh Ubi Kayu yang sume pakat2 suka. Satu loyang tu boleh habis dalam satu hari jeh...hehe


Info yang mungkin berguna buat kengkawan:
Masa duk pilih2 ubi, ada sorang akak tu tiba2 bagitau yang ubi yang sedang saya pilih tu jenis kuning. Yang kuning ni kalu direbus agak kurang empok la, jadi tak brape mabeles kalu nak makan cecah2 ngan kelapa gitu je. Yang eloknya ubi yang kulit dalam dia tu kaler merah. Bila dengar kata2 akak tu, keinginan nak terus pilih ubi tu hampir terbantut.

Tapi pk-pk, tuan gerai maybe dah terperasan kot saya duk pilih2 ubi tu... jadi takkan nak letak balik. Jadi teruskan memilih dengan bantuan akak tadi yang sama2 tolong pilihkan untuk saya. Dah berkira2, takpe lah.. kansel lah nak makan ubi kayu rebus, kita wat kueh2 je pakai ubi kayu tu. Hasilnya alhamdulillah, papa dan shilah asyik duk ulang makan 'kolleh' sampai habis.... :)


RESEPI KOLEH UBI KAYU
Bahan2nya:
  • 2 ketul ubi kayu sederhana besar
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 2 karet nise siam
  • daun pandan 3 - 4 helai
  • secubit dua garam

Cara:
  1. Ubi kayu direbus dengan secubit dua garam biar betul2 empuk lalu ditumbuk lumat *saya masukkan dalam fp je, senang keje*
  2. Campurkan kesemua bahan dalam satu kuali besar. Kacau sampai seghing/agak kering *masa kacau koleh tu terkenang time kacau lempok dulu, dua tiga hari tak ilang lagi sakit bahu...hehe*
  3. Bila dah seghing molek, boleh lah dituang ke dalam loyang. Tunggu betul2 sejuk dan keras baru boleh dipotong-potong, makan.

*** lagi info pasal caner nak pilih ubi kayu yang cantik... sila klik di SINI


Menu A - Z