BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Cupcake Pisang. Show all posts
Showing posts with label Cupcake Pisang. Show all posts

Thursday

Menu Majlis Kahwin Kakak

Alhamdulillah...

Majlis Kahwin kakak buat kat rumah. Yang abangnya hari tu dah buat kat dewan Ballroom Kelab Golf (di SINI). Jadi yang kakak ni teringin mamanya nak buat kat rumah ala2 kenduri dalam taman gitu...
*boleh klik tengok di SINI*

Menu juadah untuk pengantin mesti la ada ayam golek..he he.. Yang untuk jamuan tetamu ada tiga island. Dua island untuk menu Utama; nasi carrot, ayam goreng malaysia, dalca, daging masak hitam, dan acar mentah. Buah tembikai sebagai pembasuh mulut.
Minuman istimewa hari tu yang semua orang suka ialah 'air teh bunga'....amazing sedap👍👍









Manakala ada satu island untuk 'tea corner' yang memuatkan minuman 'teh tarik' serta kueh-mueh.. alhamdulillah.  Cucur badak dan kue koci import khas dari Gombak. Yang lain2 tu dibuat dari dapur ibu pengantin... Hadiah mama buat kakak....











Kueh mueh fzmenu untuk rai'kan kenduri kahwin kakak ialah Kueh Bombai/akok kemboja, bingka Jagung, agar2 merah, cupcake pisang, Choc brownies dan Tapai Pulut. Bila campur dengan  dua kueh yang besan bawak dari gombak; jadi 8 jenis kueh mueh kesemuanya untuk rai'kan tetamu... Alhamdulillah.


**sila klik nama kueh untuk resepi🌸



Cupcake Pisang Terbaik

Assalamualaikum.


Alhamdulillah hari ni membaking lagi. Buat cupcake pisang yang sentiasa di hati...ha ha ha... Sentiasa di hati tu sebab sedap sangat rasa cupcake ni...light je tak heavy sangat contoh untuk serve lepas dinner,  rasa tak berat...lepas makan satu hulur tangan ambik lagi satu...lepas satu...satu....ehe he..

Cupcake pisang ni alhamdulillah bagi kami2 kat rumah ni, memang terbaik la, rasa...

Meh tengok cara nak buat nya camner...sangat senang dan mudah. Untuk cupcake pisang, saya selalu guna resepi yang ini manakala untuk Kek Pisang loyang besar saya tetap guna resepi Kek Pisang Paling Best tu.....(kat sini)
Alhamdulillah.

RESEPI CUPCAKE PISANG TERBAIK

Bahan2nya:
125g tepung gandum
115g gula halus
150g pisang(saya guna pisang lemak manis)
1 biji telor saiz A
50ml fresh milk ducth Lady
75ml corn oil
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla
Kacang walnut untuk hiasan

Cara membuatnya:
Putar telor dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan pisang yang dilecek. Hah sesudah itu, terus masukkan lain2 bahan.

Okay, dah boleh mula panaskan oven pada suhu 170'C beserta loyang cupcake.  Tuang adunan ke dalam jug yang bermuncung supaya senang nak dituang masuk dalam cup kertas.

Okay, keluarkan loyang cupcake, susun cup kertas dalam semua lubang loyang cupcake. Tuang separuh cup kertas sahaja untuk dapatkan cupcake yang inviting untuk di ambik makan. Kalau tinggi sangat nanti orang risau nak ambik takut tak habis..ha ha..

Okay....bakarlah selama 15 - 18 minit.

Sekian...Happy Baking!
Wassalam.





Menu A - Z