BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Gulai Nasi Dagang. Show all posts
Showing posts with label Gulai Nasi Dagang. Show all posts

Saturday

Gulai Nasi Berlauk (Versi 2)


Salam di hari minggu....

Pagi ini kami sekeluarga breakfast Nasi Berlauk.... Gulai ikan nya yang buat dinner malam tadi. Sengaja saya buat lebih jadi pagi ni boleh le tanak nasik dan sume pakat2 bersarapan Nasi Berlauk.... alhamdulillah kenyang suami dan anak2ku pagi ni... :)

Ditambah nama Versi 2 tu sebab gulai kali ini bukan macam gulai nasik berlauk yang pernah di
postkan N3 nya sebelum ini. Kali ini buat stail Tenganu, masuk rempah kari sikit. Gulai ini lah yang sering saya buat untuk digandingkan dengan Nasi Dagang saing dengan lauk2 lain. Kalau ada option, anak2 memang lebih sukakan versi gulai yang ni berbanding versi pertama *sila klik di SINI untuk resepi gulai ikan tongkol stail kelate*. Bagi saya pula, mana2 pun ok jeh... bulih belako... :)

Jom kita tengok resepi....


RESEPI GULAI NASI BERLAUK VERSI 2


Bahan2nya:
1. Ikan Rebus

  • ikan tongkol sederhana besar dipotong sederhana tebal
  • lengkuas
  • asam keping 4
  • garam buku secekak
  • sedikit manisan
Cara:
Semua bahan direbus dengan sedikit air. Rebus dalam periuk bertutup. Tutup api bila air rebusan hampir kering. Elok dibiarkan semalaman sebelum dibuat gulai.


2. Gulai Ikan Tongkol
  • ikan rebus
  • santan RM1 @ tiga suku cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti ikan
  • lengkuas 2@3 hiris **
  • halia muda 2 inci **
  • bawang merah besar 1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • sedikit kunyit hidup **
  • cili kering 2 tangkai **
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • timun/kacang panjang/cili hijau
Cara:
  1. Renihkan santan sambil dikacau sekali sekala.
  2. Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
  3. Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
  4. Bila tumisan dah masak cantik tuangkan ke dalam periuk santan.
  5. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil. 
  6. Masukkan asam keping.
  7. Kemudian diikuti dengan hirisan timun/kacang panjang/cili hijau.
  8. Bila sayur dah hampir layu baru masukkan ikan rebus dan air rebusan ikan.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Sambal Lada

  • cili kering 5 tangkai *basuh, potong, rendam dalam air sekejap lalu dimesin*
  • cuka *boleh ganti dengan asam limau nipis/kasturi*
  • garam
  • sedikit gula
Cara:
Cili kering dimasak tanpa minyak. Bila dah agak kering sedikit ditambah cuka, garam dan gula secukup rasa.

Sekian Wassalam.


Sunday

Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam


Inilah menu raya ke 2 Aidil Adha.... selamat buat dan selamat makan nasi dagang berlaukkan gulai ikan Aya(ikan tongkol) dan gulai ayam. Alhamdulillah nasib baik hari tu saya simpan belen 1 kilo beras nasi dagang, lebih buat open house raya Aidil Fitri tempohari. Jadi bolehlah buat nasi dagang cukup untuk dua tiga round makan kami sekeluarga.

Resepi nasi dagang di SINI

Resepi gulai ayam pula ada di SINI....


Resepi Gulai Ikan Aya
Bahan2nya:

  • ikan tongkol seekor sederhana besar direbus *resepi ikan rebus di SINI*
  • pati santan +- secawan dicampur dengan air masak biar kuahnya ngam dengan kuantiti ikan
  • bawang merah 1 labu besar - ditumbuk
  • bawang puteh 1 ulas - ditumbuk
  • lengkuas 4 @ 5 hiris - ditumbuk
  • kunyit hidup 1 inci kalu saiz kecil - ditumbuk
  • lada kering 2 @ 3 tangkai - direndam, dibasuh bersih dan ditumbuk
  • asam keping
  • garam
  • gula
Cara mmbuatnya:
  1. Renehkan santan sampai agak2 naik minyak. Sesekali dikacau untuk elakkan dari pecah minyak.
  2. Bila santan dah masak elok, masukkan bahan2 yang ditumbuk.
  3. Masak lagi biar kuah jadi cantik dan agak cair-cair likat.
  4. Masukkan asam keping kemudian diikuti dengan ikan aya rebus.
  5. Biarkan lagi di atas dapur dengan api yang kecil.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. ....dah siap pun..... :)

Kalau buat nasi dagang, saya mesti buat sambal nasi dagang nya sekali. Kalu takde sambal ni, kurang umph rasa makan nasik dagang....heheh

Resepi Sambal Nasi Dagang
Bahan2nya:
  • Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
  • nyior goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing
  • bawang merah besar 1 labu (saiz kecil)
  • halia muda 1 - 1 setengah inci
  • serai 1 batang di ricik halus
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • garam
  • manisan +- 1 keret
Cara:
  1. Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah.
  2. Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar.
  3. Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata semua rasa.... mmmm...wangiiii bau sambal nih... :)


*******************

Sampai ke hari ini ibadah kurban masih berlangsung di sekitar kawasan rumah kami. Sepertimana yang kita tahu ibadah kurban boleh dilakukan sepanjang 3 hari Tasyriq. Macam kami kat sini, hari yang pertama tu buat di surau berdekatan sebanyak 2 ekor lembu, semalam di Masjid As-Salam sebanyak 10 ekor lembu *suami dan abang tak available hadir* dan hari ini pula buat di salah satu rumah yang merupakan pusat jagaan anak2 bermasalah yang dengarnya melibatkan 3 ekor lembu *Pak nor, n'bour kami pagi2 lagi panggil kat tepi pagar rumah mintak papa dan abang pegi tolong*

Alhamdulillah semoga ibadah kurban yang dilakukan mampu memberikan seribu manfaat yang sama2 dapat dihayati bersama. Allahhu Akbar!!


Menu A - Z