BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Sagupal




Sagupal ni menu faveret waktu petang. Sedap dan tak jemu makan bila buat stail pengat2 camni... Kalau ada sagu, boleh la cuba buat Sagupal ya.. Sagupal ni nak lebih sedap kena boh inti tapi yang tunjuk gambar kali ni takde boh inti. Stok kacang habis sudaa.. :)

Bahan:
1 cawan sagu
RM1 @ 3/4 cawan pati santan + air masak
gula secukup rasa
secubit garam
2 helai daun pandan

Inti:
1/2 cawan kacang hijau
1 cawan gula
air secukupnya
**rebus sampai empuk kacang kemudian kepal2kan.


Cara buatnya:

Campurkan sagu dengan air panas menggelegak. Kacau2 dan bentukkan bulat2. Kalau ada inti masukkan inti ke dalamnya kemudian rebus sampai masak(didihkan dulu air dalam periuk sebelum dimasukkan sagupal *sama cam rebus onde-onde*). Angkat, toskan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam santan yang telah dimasak dengan gula, secubit garam dan daun pandan.


7 comments:

Jun said...

alahai...ni fav suami kita, hehe. dah lama x buat..jun nk tanye...ade resipi koleh lemak dok? yg ade letak inti ikan kat atas dia tu...sedap tu,hehe

Sue @ Nenie said...

Salam...Oh ini pun peberet kita jugeeee

izahdaut said...

Nak buat jugakkk..
Kalau letak inti kcg merah sedap tak ek. Hehee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam...
sedapnya sagupa.. lama tak buat.. rindu betul nk mkn menu2 org lama ni...

muna b said...

Nampak macam sdp aje. Boleh ke letak dlm peti sejuk supaya sejuk...

fzi said...

Jun, kalau koleh taik minyak tau le


Sue @ nenie,
ituler.. ramai minat sagupa neh..


Izahdaut,
Inti kacang merah lom penah cuba.. boleh kot..


Madihaa,
dah lama tak buat, kena buat tuu..


Mona,
Pengat2 camni memang mabeles sejukkan dalam peti..tapi takleh lama kot, dikhuatiri sagu jadi keras..

muna k said...

kak ptg sabtu ari tu saya dah wat sagupal,memang mabelesssssss,kena puji ngan suami lagi...hehehe,tq

Menu A - Z