BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Muffin


P
agi ni teringat nak citer pasal rangkaian percubaan membuat muffin.... yang selamat dicuba dari beberapa resepi pilihan.... :)

Kiranya 'tayangan selingan' la ni dalam MENU, sajer nak war-warkan semangat ber'muffin' yang semakin menjadi2 pulak sekarang ni....hehehe


Masa saya buat makan2 sikit hari tu untuk raikan kengkawan anak2, buat la muffin ini untuk pelbagaikan menu di meja hidangan... alhamdulillah, sume nampak suka dengan muffin ni... maklumlah senang nak ambik, berbanding kek kena potong2.... :)

Banyak juga resepi muffin yang dicuba, tapi kali ni jom tengok 3 rangkaian muffin terpilih yang saya sukeeee.... sumenya alhamdulillah menjadik, padahal hari tu saya main pilih je nak buat pakai resepi yang mana satu....intai tengok resepi, check bahan ada tidak, kebetulan ada, OK jadik.....hehehe

Tq buat CMG, Rinnchan fotopages dan Noreen UK yang sudi berkongsi resepi.... akak c & p resepinya dekat sini ya....tqvm



Muffin Choc. Chip (CMG & Noreen)

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...


Muffin Pandan (Rinnchan Fotopages)

MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)

100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.


Carrot Muffin (Noreen)
*saya gantikan buah strawberry dengan carrot*

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar
125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt esen vanila
250gm strawberries - potong kecil dan chopped

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. satukan tepung dan gula ke dalam mixing bowl dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2
3. sementara itu satukan susu, mentega cair, telur dan esen vanila ke dalam jug dan kacaukan sebati. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan masukkan strawberries. kacaukan adunan sehingga sebati tetapi jangan terlalu overmix nanti cupcakes menjadi keras
4. sudukan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak


Sekian....


16 comments:

indahhouse said...

Salam kak,
Huuuu..musim muffin ker ni. berpinar mata saya, kiki. tak leh jadi ni, nak join skali la.
P/s: seblom join, nak seketul MUFIN COKELAT tu kak..hehe

ain said...

geramnya tengok muffin akakkkk!!! tembam2!! kita pun plan nak buat muffin ari ni. x tau le jd ke takk!! takut tiba2 angin M dtg menyerang!!!

fzi said...

Wsalam Nur...
Tu la pasal Nur... musim muffin la kiranya ni...hehe..tapi kalu dah stat try buat muffin ni, memang payah nak brek...hihi...suka akak sebab senang BUMP terus je sume sekali... takde nak putar2 sungguh2 hati macam nak buat kek.. :)

fzi said...

Itu la ain...mula tu bila tengok tembam semacam je, akak jadi risau dan mula rasa tak tenteram...hehe... tapi anak2 pakat kata..."muffin memang camni mama, nampak macam ais-krim gitu...", terus akak semyum sampai ke pipi... :)

zalieda said...

wah.. demam muffin dah melanda. semua orang pakat buat muffin.. Entah bila saya nak dapat seru buat muffin nie.. Anway, comel - comel muffin fzi.. Kalu fzi duk kat sebelah rumah kita, mau jer minta satu nie..

blogresipi said...

Tengok akak buat muffin nie bermunge munge hati rasa cam nk buat jugak..tp tak tau le bile... asik asik muffin tunjukkat kedai je..hehhe

fzi said...

Zalieda...
Ohh kalu zalieda duk dekat tentulah akak bukan hulur takat satu je...hehe

Senang dan cepat buat muffin ni...janji ada bahan je...bila dah sume cukup, masuk dalam bowl kacau-kacau, tuang dalam mangkuk muffin...bakar 15 minit...dah..
Buat je zalieda, gerenti anak2 excited abis *macam anak2 akak*... :)

fzi said...

Ijan...
Muffin tunjuk kat kedai tu kadang tak puas makan. Kalu buat sendirik... dua hari tak abis lagi, boleh makan ulang-ulang...heheh

Akak sekarang ni sibuk round duk kumpul resepi muffin...nak try buat sume yang berkenan, nanti boley la choose yang mana paling best...senang nnt nak buat bila ada gather2... :)

sot said...

Muffin ni time lapar sedap juge, pekena dgn teh o, nak2 kalau kat luar tu hujan.

ima said...

salam kak fzi,
amboi...tembamnya muffin akak tu...saya pun dah lama tak buat muffin...tengok muffin akak teringin la pulak...hehehe

tapi muffin coklat kat umah ni tak berapa laju...saya pulak suka sebab senang nak buat...hihihi

fzi said...

Pa,
betul tu...kalu time hujan gerenti habis dua tiga ketul muffin sekali makan...hehe

fzi said...

Ima,
Jom buat...hehe
akak insyaAllah pasni nak try yang masuk cheese pulak tapi yang risaunya nnt sume kat umah over-weight bila dapat penangan cheese...hehe

Ooo..anak2 ima tak suka muffin coklat... kena la mama dia buat flavour lain... :)

y@tiezaini @ KEMAMAN said...

salam kak ..sedap menu kat sini ..ti pun org kelate gak ..kalu trgin nak mkn menu kelate ori kena jgk sini sokmo ,, buleh kan kak .. ;D

fzi said...

Wsalam yatie...
Seleke la yatie...jeputt maghi deh....hehe... Tapi menu hok biaso2 jah yatie, hok bulih wat makke ari2, kak tok reti hok payoh2 tu... :)
Timakasih deh singgoh ... :)

cikmanggis said...

banyaknya muffin..tapi kita nak sirap hijau tu!!!

fzi said...

haha...kakCM dari ari tu berkenan ngan sirap ijau tuh....hehe
meh la sini nnt kita make sure hidang sirap ijau... :)

Menu A - Z