BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Soto dan Bergedil


Mula2 sekali nak war2kan yang Soto dan Bergedil ni rasa2nya bukan lah termasuk dalam masakan Kelate. Tak sure saya masakan ni asalnya dari negeri mana. Tapi yang pasti, ia dah jadi salah-satu faveret pulak kat rumah kami.

Atas permintaan Anie dari Kota Kinabalu yang tanya dekat SINI, saya postkan juga citer pasal Soto dan Bergedil ni. Takpelah, lari sikit je dari konsep asal MENU yang asalnya hanya nak citer2 pasal masakan Kelantan only...heheh...


Resepi Soto

  • Nasi Impit segera direbus hingga masak
  • 1 ekor ayam *dipotong 4*
  • Rempah sup/kurma
  • Sup bonjot
  • rempah 4 sekawan *kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih*
  • halia
  • bawang puteh
  • bawang merah
  • suku cawan santan *jika suka*
  • bawang goreng

Cara nak buatnya:
  1. Tumis rempah 4 sekawan. Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang puteh dan halia ditumbuk. Masukkan rempah sup, dikacau-kacau sebelum dimasukkan kepingan ayam. Balik2kan ayam, biar serasi dengan rempah yang ditumis.
  2. Masukkan air *mengikut sukatan yang dikehendaki*.
  3. Bila menggelegak, masukkan santan dan sup bonjot.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Keluarkan ayam, siat2kan isinya dengan menggunakan garfu untuk dijadikan bahan hiasan dan tabur semasa menghidang soto. Masukkan balik tulang ayam ke dalam sup. Masak untuk sekali lagi menggelegak. Taburkan bawang goreng, tutup periuk, tutup api.

Bahan hiasan dan tabur pada hidangan Soto:


  • so'un digoreng
  • bawang goreng
  • kacang tanah digoreng
  • daun sup/daun ketumbar dimayang
  • kicap pedas *cili api ditumbuk + kicap + garam + perahan limau nipis*
  • isi ayam rebusan yang disiat2
  • bergedil


Resepi Bergedil

  • daging lembu 1kg *di potong tebal kemudiannya direbus*
  • kentang 7 - 8 biji (saiz besar) *dikupas kulit, dihiris ala2 wedges kfc kemudiannya digoreng*
  • lada benar *lada hitam/lada sulah* ditumbuk
  • bawang merah 1 labu besar
  • bawang puteh seulas
  • halia 1 inci
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telor
Cara nak buat bergedil:
  1. Daging yang direbus dimesin dalam pengisar kering/ditumbuk
  2. Bawang merah, bawang puteh dan halia dimesin kering, kemudiannya mesinkan pula kentang yang siap digoreng tadi.
  3. Tambahkan garam dan lada benar.
  4. Gaulkan dengan daging yang siap dimesin sebelum tu.
  5. Bila semua bahan dah sebati, kepal2kan bulat/leper mengikut citarasa sendiri.
  6. Celup dalam bancuhan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dalam minyak penuh *terendam*

Sekian.... :))

Menu A - Z