BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Kerabu Kacang Panjang...sedapnya

Alhamdulillah...weekend kali ni sume ada...  selalu tu kalau tak kurang dua, kurang sorang.... ada je yang takde.... maklum lah anak2 sume dah besar, dah bukan sepanjang masa dah duk dengan kita... 

Dek sume berkumpul, papa siap2 cuit masa kami menuju ke pasar....suruh beli kacang panjang nak buat kerabu.  Kerabu tuh faveret anaknda... sume pakat boh banyak2 dalam pinggan....selalu nampak cam banyak kerabu pulak dari nasik dalam pinggan masing2... jadi pk2 rasa tak boleh buat seikat lah kali ni, kita buat dua ikat pulak, jadi jumlah keseluruhan >>>>> dua ikat kacang panjang untuk RM dua inggit.....  heheh


RESEPI KERABU KACANG PANJANG versi Kelate kito...

Bahan-bahan: *gandakan jika kacang panjang 2 ikat*
Bahan A:
  • Kacang panjang RM1/seikat
  • Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
  • lada hitam/lada sulah
  • bawang merah besar(bawang India) 1 labu
Bahan B:
  • bawang merah besar 1 labu di mayang
  • cili merah dimayang
  • kelapa parut untuk dibuat kerisik
  • garam
  • gula
  • asam limau nipis/limau kasturi
  • santan RM1

Cara membuatnya:
  1. Ok! Mula2 sekali mayang kacang panjang halus2 kemudian direbus sekejap, jangan sampai layu. Kemudian tos dan ketepikan buat sementara.
  2. Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
  3. Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik *kerisik ni kalau tengah rajin saya buat lebih sikit, boleh simpan tempat beku, bila nak guna senang, benda dah ada*
  4. Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
  5. Bila dah siap 4 peringkat tadi, kita dah hampir ke garisan penamat....hehe...dah nak siappun. Campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi.... masin ada, manis dan masam... Selamat mencuba!

    Menu A - Z