BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Belebat Ubi Stelo

Assalamualaikum...

Cuaca mendung sikit di pagi Jumaat ni.. kain pun sidai dekat anjung belakang yang berbumbung... risau kan leka dalam rumah, buatnya tiba2 hujan... tak ke berungga nanti... daaa kena bilas balik sume... :)

Orite, nak tunjuk belebat ubi stelo aka  belebat ubi keledek yang buat hari tu. Best belebat ubi ni, sesuai sebagai kueh sampingan wat breakfast. Lepas makan nasi goreng, bertambah kenyang lagi kalu ada belebat ubi nih...  Buat minum petang pun sedap.  :)

Sepatutnya boh pisang sikit lecek2 tapi takde pisang la pulak... jadi boh mana yang ada je lah, teringat2 nak makan belebat... tak kira tak cukup bahan pun takpe...  :)


RESEPI BELEBAT UBI STELO:

Bahan2nya:
3/4 cawan tepung beras
ubi keledek  kaler purple dan merah*potong memanjang @ dadu*
2 - 3 bijik pisang emas di lecek *jika ada*
pati santan singgit @  1/2 - 3/4 cawan
1 - 2 cawan air masak
1/2 cawan gula *kurangkan @ tambahkan ikut kesesuaian... kalu masuk pisang kena ambik kira pisang dah manis*
sedikit garam
daun pisang untuk bungkus belebat

Cara nak buat:
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan *selain dari keledek dan pisang* lalu dimasak dengan menggunakan api yang kecil. Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan hangit. Masaklah hingga agak pekat gitu... 
  3. Bila dah tutup api baru dimasukkan ubi serta pisang yang dillecek *jika ada* ... Kacau biar rata.(Masa selesai bahagian ni, Shilah dah siap2 sendukkan masuk dalam mangkuk, makan breakfast...hehe... memang dah sedap dan kenyang makan camtu je, benda dah masak elok)
  4. Sudukan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar.  Bungkus lah macam kita bungkus pulut berinti.
  5. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebihkurang dalam 10 minit.
  6. Daaa  selamat untuk dihidangkan wat minum petang...  :))

Menu A - Z