BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Pulut Berinti


Sepanjang bulan puasa ni, sempat le dua kali kukus pulut berinti ni.... advantage nya kalau buat kueh tempatan yang satu ni, di samping sedap dimakan ia juga teramat le mengenyangkan...hehehe

Yang mula2 hari tu, buatnya pada minggu ke 2 Ramadhan. Dapat sikit je, cukup la untuk makan satu family je....lagi pun hari tu ada bakar kueh lain yang nak hantar ke surau berhampiran iaitu kueh Beke... jadi bukan main lagi.. ada 2 kueh yang mengenyangkan pulak malam tu... :)



Bila buat yang kali ke 2 ni, rendam beras pulut lebih sikit sebab nak buat sekali untuk bekalkan suami dan anak bujang pergi Iktikaf di masjid malam kelmarin. Niat tu untuk diaorang alas perut time rasa lapar di tengah-tengah malam tapi rupa2nya papa dan abang buat bersahur sekali....hehe

Alhamdulillah...


Resepi Pulut Berinti aka Pulut Beghiti
*up-date 25hb Oct, 9.45 mlm*

Bahan2nya:
  • 2 cawan beras pulut *rendam lebihkurang 3 jam*
  • pati santan setengah cawan + air = jadikan 3/4(tiga suku) mug
  • daun pandan disimpul
  • daun pisang untuk membungkus pulut berinti
Bahan inti:
  • setengah biji kelapa parut puteh
  • nise kampung/nise siam/gula melaka
  • sedikit garam
  • daun pandan disimpul
  • sesudu teh tepung beras + sesudu/2 sudu besar air masak

Cara buatnya:
  1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian dikukus sehingga masak +- 20 minit.
  2. Keluarkan dan masukkan ke dalam besen/periuk, arung dengan santan yang dah dicampur garam, kukus lagi selama 15 minit.
  3. Cairkan manisan bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sampai agak likat baru dimasukkan kelapa parut. Masak biar serata.
  4. Bancuhkan tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak *untuk tujuan menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak berterabur*
  5. Sudukan pulut ke atas daun pisang yang dah siap dilayur. Sudukan pula inti di atas pulut. Kemudian bungkuslah pulut macam nak bungkus nasi lemak gayanya... :)
  6. ....dah siap untuk dihidangkan..... :)


*** Kalau rendam sekejap je pulut(baru rendam time maghi teringat nak makan pulut berinti), makanya kena arung santan dua kali. Yang pertama arung dengan santan cair kemudian kukus. Kali kedua baru arung dengan santan pekat + garam. Kukus sekali lagi.


Menu A - Z