BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Kek Lapis Kukus Hawflakes


Assalamualaikum....

Saya ni baru balik dari pasar.....
:)

Teringat nak postkan N3 pasal kek lapis kukus yang buat semalam. Dah 2nd time buat masuk kali ni. Mula2 buat 2 hari lepas *hari khamis*... dek kerana terpesona tengok kek lapis kukus ni dekat blog Idah yang pamerkan kek lapis dengan kaler yang amat mengancam...cantik dan ceria...
hehehe

Yang mula-mula tu
ac-hoc buat, dah pukul 11.30 waktu tempatan baru nak mula bancuh kek, alhamdulillah niatnya untuk di bawak pegi kelas jam 3 petang.

Syukurlah percubaan pertama itu kira menjadi juga la walaupun kaler pucat sikit, nampak lembut dan ayu..... Maka dengan sukacitanya selamatlah bawak kek lapis saing dengan rambutan yang dah masak kat laman tu, pegi kelas kat Surau Al-Bayan.


Dah sume suka dan kata sedap, buat lah lagi 2nd round sebab semalam dua dua anak yang duk hostel balik umah. Tapi kali ni pekatkan sikit kaler, nak kasi lebih attractive dan ceria gitu..... :) So macam ni lah hasilnya..... :)



Jadi dengan berbesar hatinya saya rekemen lah kawan2, jemput try ramai2 buat resepi ni...memang sedap dan berbaloi. *saya dah pernah try buat kek lapis versi bakar dua tiga kali tapi yang bakar memang banyak pakai telor. So ya ng kukus ni jimat la sikit kosnya....hehe *



Resepi Kek Lapis Kukus Hawflakes


Bahan-bahan:

5 biji telur-grade A yang sejuk(dari peti ais)

225 g gula(1 cawan rata + 2 sb rata

220 g tepung gandum(2 cawan rata)

2 sk rata baking powder

1 sb ovalette

50 ml susu cair

1/2 sk garam

100 ml minyak jagung/masak

1 sk esen vanila

pewarna ikut suka

secukup hawflakes


Cara-caranya:

1- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 didalam mangkok mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

2- Pukul adunan sehingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan gaul dengan hingga sebati.

3- Loyang di alas kertas dan sapu minyak.Ratakan adunan pertama dan susun secukupnya hawflakes dipermukaannye dan kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

4- Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan akhir susun hawflakes jika suka.kukusan yg akhir selama 20minit agar kek masak dengan sempurna.

5- Setelah kek masak biarkan di dalam loyang selama 10minit, kemudian balikkan diatas redai kek supaya sejuk.


Ini gambar Hawflakes (ehsan dari blog Idah)
oghe kelate panggil hawflakes ni 'gam bear' :)


Menu A - Z