BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Kuah Kacang dan Sambal Nasi Impit. Show all posts
Showing posts with label Kuah Kacang dan Sambal Nasi Impit. Show all posts

Thursday

Menu Open House Raya 2023

Alhamdulillah pada 23 Syawal lalu bersamaan 14hbMei 23, kami buat open house. Rai'kan tetamu dengan main dish nya tentu la menu klate.. hi hi

Perihal open house boleh tengok di SINI







Jadi hari tu kita ada..
  1. Nasi dagang kelantan lauk gulai ikan tongkol @ayo, telor, dan sambal ikan(sambal ni anakku Amir balik tolong buat A - Z dua hari sebelum open house berlangsung then frozen kan) tqsm bang.
  2. Nasi Tomato lauk gulai ayam & acar.
  3. Lontong special masakan menantuku, Rin. Sangat sedap❗️ timakasih rin. Resepi lontong kat SINI
  4. Nasi impit dan kuah kacang.
  5. Mee Goreng😁
  6. Lemang dan Rendang Ayam, Amir beli lemang area Masjid Assalam; dan menantuku Naim dibantu kakak(anakku Nur Farihin) ambil tugas masak rendang. Terbaik Naim❗️tq tq.. Kakak banyak tolong kerja² heavyduty cth cuci semua ayam yang nak dimasak dan clear dishes.
  7. Colek buah resepi arwah bonda. Manually tumbuk pakai lesung batu.(en suami ambik bahagian tolong potong buah untuk colek)
  8. Ada kueh lopez(anakku Shilah yang tolong setelkan urusan lopez malam sebelum peristiwa open house sebab mama dah flat!..)
  9. Kek carrot(Shilah yang tolong topping dengan creamcheese) Resepi kek Carrot kat SINI
  10. Puding Sagu Gula Melaka(prepared by kakak @ Nur Farihin) tq kak😘, sangat best❗️
  11. Kek Batik prepared by Rin, tq rin😘
  12. Agar2 merah kenduri kawin
  13. Kueh Beke(bingka/bengkang)
  14. Biskut raya chip sporties (Amir yang tolong buat cookies) dan tart nenas
  15. Ada kerepek pisang nangka homemade.
  16. Minuman sejuk sirap merah🥤(en suami ambik tugas buat cold drink)
  17. Ada air gas FN hijau, my paberet😍
  18. Minuman panas 'Nescafe Gold' kauw ni Rin yang incharge
  19. Minuman 'Nescafe Gold' O panas
  20. Dan air kosong 250ml ya..
Pembantu setia my en suami, anak² iaitu abg(Amir), kakak(Nur Farihin) n Shilah serta menantu Rin n Naim diselangi dengan riuh rendah gelagat 4 cucunda Aisyah, Fateh, Aryan n Uwais. Timakaseh ya tolong mama n papa realisasikan kejadian open house rumah kita. Semua tak berenti buat kerja...huuu..  Yang amazing nya, shilah yang gigih tolong catkan 6 pintu; 1 main door, 3 pintu bilik, 1 pintu bilik air, 1 pintu dapur..wowz!😲 tq shilah😘
Tak lupa tqsm Ba'an my anak sedara tolong² bergegas di dapur dengan Naim dan Amir time tetamu berpusu² datang 2pm - 7pm. Budimu dikenang Ba'an. 

Jazakallah. Moga Allah balas dengan kebaikan buat semua..aamiinn.  
 

ALHAMDULILLAH😘


Saturday

0pen House Hari Raya 2018

Alhamdulillah...pada 24Syawal lalu (8hb Julai 2018), kami sekeluarga telah menerima kunjungan kuranglebih 170 orang tetamu sempena Open House Hari Raya tahun ini. Dah lama tak buat open house sebenarnya. Last dulu kalau tak silap masa anak yang bongsu masih kat cfs(peringkat asasi uia). Kira dah agak banyak tahun la, cuti buat makan2..[kenduri kawin anak2 (klik di SINI)tak termasuk dalam ini cerita ..he he]

Open House hari tu siap ada invitation card yang specially designed by isteri tuan rumah😀😂

Menu yang di'sepakati buat' hari tu: Satay Ayam, Satay Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong serta kombinasi nya Sambal Ikan Bilis, Carrot Cake(klik resepi), Kueh Lopes(klik resepi), Agar-agar Pandan(klik resepi) dan Tapai Pulut(klik resepi). Minumannya, air Sirap Limau Kasturi. Alhamdulillah semua makanan homemade. Buat sendiri, kiranya tak keluar dapur fzi sekeluarga. Kerja menyucuk satay yang diketuai oleh en suami selesai dalam pukul 3.30pagi....ish ish..
Tapai buat hari Jumaat lagi. Kena peram pulut selama 36jam untuk jadi tapai

Kami masak2 sambil diselang-selikan dengan kesibukan anak menantu menguruskan anak kecik masing2. Kira dah macam taska dah bila tiga2 cucunda menangis serentak..hahaha..

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Semua juadah dapat disiapkan on-time. Tepat2 pukul 3.00petang Hj Shaharuddin dan keluarga tiba depan rumah, kemudian disusuli pula dengan keluarga Hj Munir....dan terus disusuli dengan yang lain2...dah tiada brek lagi lepas tu, terus ada je tetamu yang menyusul. Alhamdulillah suasana terkawal, makanan atas meja pun dapat diselenggara dengan baik oleh kami anak beranak.
Aisyah

Twinnies Fateh & Fattah

Majlis open house berjalan lancar hingga ke penghujung. Tetamu bagaikan mengerti time tuan rumah, janji ditepati sepertimana yang ada dalam kad jemputan, pukul 7.00 majlis tutup tirai..ha ha.. Makanan alhamdulillah just nice cukup2 dengan tetamu yang datang. Ada la lebih sikit untuk anak2 bawak balik uia dan rumah masing2. Jadi yang mana ada bagitau tak dapat hadir hari tu, sesungguhnya memang ada hikmah Nya. Allah dah susun yang terbaik..alhamdulillah.
Satay Ayam 250cucuk, Satay Daging 200cucuk




Carrot Cake saiz loyang besar 15 x 15inci

Tapai buat pakai 2kg beras pulut dapat 150pek

Lopes buat pakai 2kg beras pulut

Terimakaseh buat semua yang datang...Jazakallah🌾🌿



Tuesday

Menu Raya ke-4 Aidil Adha

Alhamdulillah, dua tiga menu terhidang pada hari Sabtu lepas iaitu hari raya ke-4 Aidil Adha. Pagi2 dah masuk dapur sebab fikirkan hari tu last dapat masak2 hidangan yang spesil sikit buat anaknda sebelum esoknya sume2 nak kena balik campus masing2 dah....

Menu nya:

Alhamdulillah, lunch ngan dinner pakai duk ulang makan yang mana ada tu je...

Keesokannya baru sambung balik masak daging kurban*Daging Goreng Buku + Singgang Daging + Sayur Campur* Sambil2 tu wat Velvet Muffin lagi untuk bekal anaknda balik hostel...sayonara anak2ku....

sila klik gambar untuk resepi Velvet Muffin

Friday

Rendang Ayam wif Nasi Impit Kuah Kacang


Ini lah menu raya pertama Aidil Adha. Malam tadi, gagahkan jugak diri dengan dibantu anak2 buat juadah raya sebab memikirkan kalu tak buat, aperrr pulak anak2 dan suamiku nak makan di pagi raya. Penat tu memang lah penat sebab sehari suntuk semalam bizi di dapur siapkan tempahan Choc. cake dan Ambong (apam) dari kengkawan dan jiran.


Buat Rendang Ayam! Hahaha.... akceli ini bukan lah menu kelate.... tapi bila dah duk bertahun2 di luar kelate, terkenalah tempias masakan faveret kawan2 kat sini. Malam tadi buat sekor ayam je rendangnya sebab simpan bekalan ayam sekor setengah lagi untuk menu raya ke 2... InsyaAllah.... :)


Lagi pun ada kuah kacang sekali untuk makan dengan nasi impit tu. Nasi Impit pun beli sebungkus je hari tu, yang memakai nama Ketupat Mini Adabi...heheh


InsyaAllah cukuplah tu...sebab tengahari tunggu papa wat balik daging dari surau.... tak sabar nak goreng buku daging kurban. Lepas siap goreng masukkan rempah ketumbar(rempah biji) nak bagi wangi.... adus bestnya.... Malam pulak nak buat sup gear-box..........perghhh.....alamat naik mendadak la tahap kolestrol kami seisi keluarga... hihi


Resepi Rendang Ayam Fzi 
(Untuk 1 ekor ayam)
Bahan2:
  • Kerisik setengah cawan
  • santan dari 2 biji kelapa
  • # cili kering segenggam penuh
  • # bawang merah besar 4 labu
  • # bawang puteh 5 ulas
  • # halia 2 inci
  • # lengkuas 1 inci
  • # sedikit kunyit hidup
  • # serai sebatang
  • serai 4 batang diketuk
  • asam keping
  • garam
  • gula
  • daun kunyit *saya tak letak kali ni, lupa beli*
Cara membuatnya:
  1. Blend semua bahan yang bertanda #, kemudian tumis.
  2. Bila dah tumisan masak dan naik minyak, masukkan ayam dan serai yang diketuk.
  3. Gaul-gaulkan biar serata dan biarkan masak dengan api yang sederhana. *saya buat stail 'mmati ha
  4. wah' macam nak bergulai sebab tak suka cara yang bump semua benda sekali ngan santan awal2 memasak*
  5. Tambah asam keping.
  6. Biarkan lama dan betul2 mesra baru dibubuh santan sampai paras2 hampir tenggelam semua ayam. Santan jangan cair sebab any masakan kalau boh santan cair, isi ayam/dagingnya akan jadi lembik dan mudah hancur..... kurang umph hasilnya nanti.
  7. Masak guna api yang kecil - sederhana sahaja.
  8. Perasakan garam dan gula.
  9. Akhir sekali masukkan kerisik dan daun kunyit yang dimayang halus.
  10. Biarkan sekejap dan tutup api.

Kuah kacang pula resepi nya di SINI...........
Sekian.... Salam Aidil Adha :D


Tuesday

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Sambal Nasi Impit




Tiap kali raya, juadah Nasi Impit mesti sentiasa ada. Rasa saya kebanyakan rumah mesti tidak ketinggalan sediakan menu Nasi Impit sebagai salah-satu juadah raya di meja hidangan.

Sekarang ni senang, nasi impit segera mudah di dapati dalam dua tiga keluaran. Yang fofularnya sudah tentu lah jenama
Nona. Terpulang kepada citarasa masing2, malah ada juga yang rajin membuatnya sendiri samada dipek sendiri seperti nasi impit segera tadi atau pun beras di masak manual dengan air yang banyak kemudian dibungkus dengan daun pisang kemudian ditindih dengan benda berat...macam orang dulu2 buat nasi impit.

Amboi panjangnya intro... sebenarnya nak ceritalah yang saya juga tidak dapat tidak, kena buat jugak nasi impit beserta dengan kuah kacang siap dengan sambal kelapa sekali untuk dicicah dengan nasi impit ini.  Sambal kelapa selalunya istimewa diminta buat oleh suami. Jadi terhasil lah sekali lagi menu ini sebagai salah satu dari juadah raya kami.

Kalau di Kelantan*untuk menu harian sarapan pagi dan bukan di musim raya*, kami selalunya siap buat pulut pagi kalau buat nasi impit ni. Jadi bila tiba time nak makannya, gabungkan keempat2 bahan tersebut lalu diberi gelaran "Nasi Kapit Kawin".... huh macam2 gelaran makanan orang kelantan ni ... heheh....memang kreatif orang dulu2 yang kasi nama makanan tu sume...  :))

Mari kita tengok resepinya camne....


Resepi Nasi Impit
*saya dulu, kini dan selamanya guna nasi impit segera je, menyenangkan kehidupan*
Setelah dibasuh bersih, rebus nasi impit segera selama 1 - 2 jam dengan menggunakan rice cooker. Tambah air panas jika perlu dan tambah masa merebus.


Resepi Kuah Kacang Kelate
  • 1kg kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk jangan terlalu hancur*jika buat banyak separuhnya saya mesin guna pengisar kering*
  • 1 sudu besar udang kering direndam untuk melembutkannya *
  • 1½ inci halia *
  • 4 labu bawang merah sederhana besar (bawang india) *
  • 3 ulas bawang putih *
  • segenggam cili kering(+- 13 tangkai)*
  • 1 sudu besar jintan manis digoreng tanpa minyak kemudian dimesin dengan pengisar kering
  • 1 sudu besar jintan putih (ulangi cara jintan manis)
  • 5 batang serai diketuk
  • 1 @ 2 asam keping
  • sedikit belacan *
  • 2 cawan santan /2 kotak kecik santan kara(kalau pakai santan kotak)
  • Air secukupnya
  • 3 keret manisan kampung
  • 1 sudu besar gula
  • garam(hati² jangan termasin, kuah kacang kena manis bukan masin)


Cara membuatnya:
  1. Semua bahan bertanda * dimesin lalu ditumis.
  2. Masukkan serai yang diketuk.
  3. Bila dah masak elok bahan tumisan, masukkan jintan manis dan jintan putih yang dimesin beserta kacang, gaul2kan rata sebelum dimasukkan santan dan asam keping. Masukkan air ikut kesesuaian kacang. Tambah garam dan manisan. Kadar garam jangan terlebih sebab kuah nasi impit lagi lama lagi terasa masinnya. Rasa manisnya mesti dua tiga kali ganda*baru ada umph* :)
  4. Sesekali kacau, masak sampai kuah jadi likat.

Resipi Sambal Nasi Impit

  • kelapa parut sebiji *digoreng tanpa minyak*
  • Ikan kembung 2 ekor dibakar/rebus kemudian diasingkan dari tulangnya
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • bawang merah besar 1/2  labu
  • 2 - 3 hiris halia
  • 2 batang serai
  • manisan
  • garam
Cara membuatnya:
Kesemua bahan ditumbuk dan gaulkan sampai sebati. Sambalnya perlu rasa manis.


Menu A - Z