BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Singgang Daging. Show all posts
Showing posts with label Singgang Daging. Show all posts

Tuesday

Menu Raya ke-4 Aidil Adha

Alhamdulillah, dua tiga menu terhidang pada hari Sabtu lepas iaitu hari raya ke-4 Aidil Adha. Pagi2 dah masuk dapur sebab fikirkan hari tu last dapat masak2 hidangan yang spesil sikit buat anaknda sebelum esoknya sume2 nak kena balik campus masing2 dah....

Menu nya:

Alhamdulillah, lunch ngan dinner pakai duk ulang makan yang mana ada tu je...

Keesokannya baru sambung balik masak daging kurban*Daging Goreng Buku + Singgang Daging + Sayur Campur* Sambil2 tu wat Velvet Muffin lagi untuk bekal anaknda balik hostel...sayonara anak2ku....

sila klik gambar untuk resepi Velvet Muffin

Wednesday

Menyinggang pagi2

Ada la satu hari tu, pagi2 lagi masuk dapur... menyinggang.  Masa bangun solat subuh dah siap2 keluarkan daging lembu tempatan yang sekilo tu.  Dah plan nak buat macam2 keje pagi tu, sume guna tulang empat kerat... heheh.. nak pakat2 gotong royong clearkan laman, trim mana2 yang patut, boh baja okid dan mesin rumput.  Sume memerlukan tenaga tuh, itu yang siapkan heavy breakfast sikit.. :)

Jadi dengan sukacitanya bersarapan le kami dengan nasi puteh dengan dua gandingan lauk iaitu singgang daging dan daging goreng yang dihiris nipis... sume2 daging, tiada lain melainkan daging... tapi best makan pagi tu sebab dagingnya yang ada lemak2 sikit.. :))


RESIPI SINGGANG DAGING KELATE

Bahan-bahannya:

  • daging lembu tempatan
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *saya tak pakai ajinomoto dalam masakan, jadi ganti gula*

Cara-caranya:
  1. Daging direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Monday

Singgang Daging


Hujan2 macam ni sedap juga kalau menyinggang. Kebetulan bekalan daging lembu tempatan yang beli hari tu masih ada lagi. Jadi kira ON lah buat singgang daging untuk dinner malam ni... :)

Bila sebut singgang ni, dua-dua nama boleh diguna-pakai....Singgang Daging pun boleh, Daging Singgang pun boleh. Pendek kata kalau sebut 'singgang', boleh buat hati ini rasa tak dan dan nak start menyinggang....heheh


Resepinya, saya hanya c&p dari n3 Singgang Tulang yang lalu.....
Bagi yang belum pernah try buat singgang, jom try :)


Bahan-bahannya:


  • daging lembu tempatan
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*

Cara-caranya:
  1. Daging direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

***nota: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))


Menu A - Z