BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Rojak Mee Kelate. Show all posts
Showing posts with label Rojak Mee Kelate. Show all posts

Monday

Rojak Mee Kelate lagi.....



"Papa teringin nak makan 2 benda...Rojak Mee ngan Nasi Goreng..."

Ohh papa teringat sangat la tu nak makan sampai tiba2 je sebut nak makan 2 menu tu masa kitaorang ramai2 duk tengok citer Boys Over Flowers *citer Korea di 8tv yang tengah hot di masa kini... :)* dua tiga malam lepas. Saya hanya berpaling, senyum dan angguk2 je tanda setuju sebab masa tu duk fokus tengok Gu Jun Pyo dengan Jan Di. Citer faveret saya ngan anak2 tuh, tiap2 malam takleh miss.... heheh

Masa iklan baru cakap...."k pa, nanti mama buat ek... :))


Jadi semalam selamat la sudah buat Rojak Mee Kelate lagi.... Kalu rasa nak makan memang kena buat sendiri sebab payah nak cari kat sini orang jual rojak mee yang pure kelate punya. Yang jual2 tu ada yang nampak sama, tapi bila rasa, frust sebab rasa tak serupa....huuuu

Kalu ada yang minat nak buat Rojak Mee Kelate ni jemput tengok resipinya dekat SINI ya.... timakasih :D


Tuesday

Rojak Mee Kelate



Semasa ke NSK Rawang weekend lalu, nampak ubi stelor(keledek) cantik2 belaka, terus terbayang nak buat Rojak Mee. Dah lama tak buat.... dah lama tak makan.... timing pun rasanya sedang elok je, anak2 semua ada kat rumah weekend lepas. Boleh lah mama masak special sikit buat minum petang....lagi pun kebelakangan ini hujan tiap-tiap petang, jadi kenyang la semua bila pekena rojak mee time time ujan tu.... :)

Tapi buat rojak mee versi kelantan lah, tu sebab siap2 tulis tajuk posting ni Rojak Mee Kelate. Ada beza sikit rasanya dari lain-lain rojak mee yang biasa saya makan kat mana2 restoran atau rumah kawan2. Memang ada iras2 tapi rasa2nya macam tak sama rasa.... :)

Masa kecik2 dulu, rojak mee ni adalah antara faveret menu saya setiap petang. Kalau kat gerai Mokcik Yoh Pok Ya yang jjua kat gerai bawah pohon celagi tu habis, terus pusing basikal chopper saya pegi cari kat gerai kak Melah Gemok pula.

Sedap.... tak dapat cerita camane kesedapannya secara detail...hehe...bagi yang tau dan pernah rasa...gerenti dapat bayangkan.... :)


Resepi Rojak Mee Kelate

Bahan Kuah Rojak Mee:

  • keledek 4 - 5 ketul
  • manisan siam *kecil* 4 keret(kalau guna manisan kampung yang lebih besar kurangkan sukatan)
  • sedikit garam *secukup rasa*
  • cili kering dimesin
  • air asam jawa
Cara membuatnya:
  1. Ubi keledek 4 - 5 ketul direbus kemudian ambil 3 ketul untuk buat kuah *asingkan selebihnya untuk bahan hiasan rojak*. Tumbuk lumat2/mesin dalam food processor. Ikut cara asal mok, campurkan dengan air masak sebelum ditapis pati keledek. Tapi saya pakai mesin je (keledek yang direbus + air) dalam blender. 
  2. Masak tanpa minyak cili kering yang ditumbuk dan kemudiannya air asam jawa.
  3. Masukkan air dari keledek yang ditapis diikuti dengan manisan dan garam.
  4. Masaklah sampai kuah rojak cair-cair likat.


Cara sediakan bahan hiasan atas Rojak Mee:
  • Mee kuning - dicelur sekejap
  • kacang cambah *taugeh* - dicelur
  • timun batang - dihiris halus
  • pati kacang *tauhu keping* - digoreng kemudian dipotong dadu
  • cucur udang keras - Satukan tepung beras + isi udang dicelur sekejap lalu dipotong dadu + daun kucai + bawang merah yang dimayang + garam + air masak. Bancuh hinggga tiada bahagian yang keras tinggal. Semasa hendak digoreng letakkan seekor udang fresh diatas cucur. Goreng sebagaimana goreng cucur/cekodok.
  • ubi kentang - direbus, dikupas kulit kemudian dipotong dadu
  • keledek - direbus, dikupas kulit kemudian dipotong dadu
  • telor - direbus kemudian dihiris 4 atau 6
  • cili hidup - dimayang halus
  • bawang goreng
Cara menyediakannya:
  1. Semua bahan hiasan yang dipotong dadu dan dihiris tadi disusun dalam pinggan besar. Susunkan sebelah menyebelah secara berkelompok.
  2. Hidangkan mee kuning yang dah siap dicelur dan ditoskan dalam pinggan besar.
  3. Hidangkan kuah rojak mee dalam satu mangkuk besar.
  4. Dah siap.... bolehlah menjamu selera sekarang... :)

**nota: ....maaf kerana tidak sertakan kadar sukatan bahan yang tepat sebab saya selalu main agak2 je bahannya banyak mana...ikut kesesuaian rasa...

Menu A - Z