BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Nasi Lemak


Tiba-tiba je datang ilham nak buat nasik lemak tengahari ni. Semuanya bermula lepas singgah di blog NurIndah yang buat nasi lemak untuk sarapan pagi tadi. Tq Nur... bagi idea kat akak untuk pekena nasi lemak pulak hari ni....hehe

Lepas je tinggalkan komen dekat blog Nur, terus bangun dan keluar ikut pintu dapur... nak pegi kerat daun pandan. Amboi! drastiknya tindakan...hahaha

Kebetulan saya baru tambah beli stok ikan bilis, jadi lagi berkobar-kobar la semangat tu. Alhamdulillah, selalu dapat bekalan ikan bilis Langkawi dari gerai Wak yang meniaga di Pasar Kuala Kubu Bharu. Sedap...tak masin....Kalau ada yang nak tau kisah saya masa beli ikan bilis ni sila klik di SINI.

Saya kalau ke sana, beli ikan bilis sampai 3 saiz, senang nak masak....heheh... sume lain2 function....untuk yang buat sambal nasik lemak kena saiz sederhana, untuk yang goreng kering2 ngan bawang dan cili guna saiz paling kecil bermata biru, manakala yang saiz besar pulak untuk dibuat Sambal Kacang Ikan Bilis.... :))

Saya pasti semua dah expert nih buat nasi lemak.... sajer tuliskan resepi khusus buat anak2ku *nnt besok2 kalu lupa cara nak masak nasik lemak, boleh refer resepi nasik lemak mama ni ya...ini resepi yang paling basic, nak tambah lauk2 lain, lagi la kenyang anak2ku..... :) *


Resepi Nasi Lemak

Bahan2nya untuk nasi:

  • nasi 2 pot kecil
  • santan RM0.50 sen/hampir setengah cawan
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1 inci halia dipotong 2 bahagian
Cara membuatnya:
  1. Masak nasi macam biasa cuma kurangkan sikit kadar air sebab nak masuk santan.
  2. Masukkan daun pandan + halia*jangan diketuk* + garam dalam rice cooker.

Bahan untuk sambal:
*double kan untuk yang suka makan sambal banyak*
  • sedikit ikan bilis
  • ##segenggam cili kering
  • ##bawang merah besar 1 labu
  • ##bawang puteh seulas
  • air asam jawa *asam keping pun boleh, no hal*
  • sedikit belacan
  • garam
  • gula
Cara buatnya:
  1. Blend bahan2 bertanda ##, kemudian mulalah menumis.
  2. Seterusnya masukkan air asam jawa, belacan, garam dan gula *lebihkan sukatan gula*
  3. Bila tumisan dah masak cantik, masukkan ikan bilis....masak lagi hingga serata semua rasa dan sambal tumis cantik berkilat.
Bahan untuk hidangan:
  • ikan bilis saiz paling kecil bermata biru digoreng
  • kacang tanah digoreng *ada..tadi saya lupa pulak nak goreng*
  • telor rebus
  • timun batang dihiris menyerong

Sekian.....


Menu A - Z