BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Ayam Percik




Semangat memanggang ayam atau ikan selalu berkobar2 kalau anak bujang ada kat rumah. Kita orang bagi gelaran kat abang sebagai 'kaki bakar' sebab dalam bab2 membakar ni samada buat ikan bakar ke, ayam bakar ke, sate ke.... boleh serah kat abang...memang boleh diharapkan....hehe

So semalam masa beli ayam saya mintak potong salah-satunya 'potong empat je' untuk tujuan buat Ayam Percik. Abang dah sebut nak makan ayam percik sejak minggu lepas lagi. Jadi terlaksanalah projek menu ayam percik untuk kami anak-beranak makan time dinner malam tadi....  :)

Jom intai resepi.....


Resepi Ayam Percik Kelate

  • Setengah ekor ayam (dijadikan 2 keping besar) di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • sedikit santan untuk direnehkan sekejap dengan ayam
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping
Caranya:
  1. Ayam yang diperap, direnehkan sekejap dalam sedikit santan. Bila santan nampak menggelegak, balikkan ayam. Selepas beberapa saat tutup api.
  2. Mula lah bakar ayam sehingga masak.
  3. Sementara ayam masak, masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  4. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  5. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  6. Bila ayam sudah dibakar sempurna, salutkan ayam dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ayam yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ayam bakar dua tiga kali.
  7. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ayam percik dengan nasi nanti.

5 comments:

amir acap said...

sdap gle ayam percik smlm..hee..

School Of Tots said...

Sedapnye ...boleh buat lagi.

ain said...

sedapnya kak fzi....terliur!!!

fzi said...

abg n papa,
esok kakak balik, nnt kita buat 2nd round ayam percik ni... alang2 membakar plus ikan percik sekali :)

fzi said...

Ain,
kalu ain buat tak nak bakar dengan dapur arang pun boley, bakar dalam oven je...akak kalu time malas nak hidupkan api guna arang ni, buat ayam percik pakai oven je... hehe

Menu A - Z