BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Resepi Mudah Chicken Chop

Assalamualaikum.


Menu western food pulak kita kali ni ya... kira acara selingan le ni, menyelit dalam koleksi menu kelate... hehe

Teringin nak makan Chicken Chop semalam. Tu yang time pegi pasar siap2 gitau kak Nor kat gerai jual ayam nak ayam bahagian isi jeh, buang tulang.... Pekerja kak Nor dengan kadar segera terus uruskan permintaan saya tu... Heee... suka! Dah berkira2 konfem jadik Menu Chicken Chop untuk makan tengahari kami semalam..
hehe

Jom kita buat sendiri Chicken Chop. Nak makan kat kedai yang dah siap terhidang depan kita, paling murah pun RM12 sepinggan.... congak2 kalu kami berlima anak beranak makan, plus plus air lagi... huh dah brape... ishk
takleh jadi nih..


Resepi Chicken Chop versi fzi ni mudah-mudah je... takde masuk cam-cam perisa tambahan yang berbagai kat pasaran tu... hanya resepi mudah yang pakai bahan2 asas yang ada kat dapur kita-kita semua je.... Alhamdulillah satu menu yang sedap, sihat, berkhasiat lagiiii lah mengenyangkan.... :))


RESEPI CHICKEN CHOP
Bahan 1:
  • isi ayam (basuh bersih, tos sampai sejat air. Lumurkan dengan sedikit garam, perap seketika.
  • tepung gandum digaul dengan lada hitam yang ditumbuk
Cara: Celup dan balik2kan ayam dalam tepung lalu digoreng dalam minyak yang penuh.



Bahan 2: SOS
Tumbuk bawang puteh dan halia, tumiskan. Masukkan lada hitam yang ditumbuk diikuti dengan air masak. Kemudian tambahkan sos tomato serta sedikit kicap *fungsi kicap nak kasi kaler sos cantik... kasi gelap sikit* Campurkan sedikit tepung gandum supaya sos jadi likat. Perasakan dengan garam dan gula.


Bahan 3: Aksesori/hiasan:
  • kentang wedges - Goreng kentang kemudian gaulkan dengan sedikit margerin dan sos lada hitam
  • daun salad
  • buah tomato
  • sayur brocoli dicelur sekejap
  • carrot dll ikut kreativiti masing2...

Sekian, Wassalam.

Menu A - Z