BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Jeput Durian



Minggu ni menu tak lari ke mana, hanya berkisar sekitar durian je...hehe... Pagi durian, tengahari durian, petang durian, sampaikan dinner pun still ada durian. Pagi ni rushing le sikit sebab petang ni ada kelas kat surau. Jadi mana nak clear dapur, nak basuh kain, nak kemas itu ini.....itu yang teringat nak buat breakfast yang cepat dan mudah je... Ianya tidak lain dari Jeput Durian *cekodok/jemput-jemput* yang rasanya teramatttt le sedap nyerr.... Sebab tu kalau buat jepput ni tak boleh buat sikit-sikit, dikhuatiri nanti tak cukup dan tak puas anak2 makan...

Mudah saja cara membuatnya:
  • Isi durian digaulkan dengan gula (sebagai inti)
  • Tepong digaulkan dengan air dan sedikit garam, tahap kepekatan macam nak buat cekodok pisang dsb
  • Inti kemudiannya diambil sebesar ibu jari kemudian disalutkan dengan adunan tepong, terus digoreng dalam minyak yang penuh. Ulangi proses sehingga habis kedua2 inti dan tepong.
Dalam 15 minit dah siap dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas tapi hati-hati... intinya yang panas boleh buat melecur lidah.... :))


*** nota fzi: untuk memudahkan kerja2 menyalut, bulatkan siap2 inti dan biarkan di bawah saji sejam dua sebelum nak mula menggoreng. Jika dibiarkan beberapa ketika, inti durian akan mengering dan senang untuk disalut tepong.

5 comments:

surau pernec said...

ish ish sedap la pulak...kalau ada kat ofis ni alangkan mantapnya, nak-nak time petang macam ni..hmm terasa kekosongan dalam perut yang sangat perlu di isi dengan ketulan jjeput durian ini.

ain said...

wahhhh...musti sedap nih. lum pernah try lagi. bak sikit kak!!

fzi said...

Ok papa dont wori be hepi, petang ni buat lagi.. dah janji ngan budak2 ni...nnt simpan kat papa...hihi


Ain,
Cekodok ni bagi akak memang besttt sangat... kalu dekat2 boleh ain mai join minum petang *ni nak buat 2nd round* :))

blogresipi said...

Pernah makan nie kat USM ritu.. sedap... time makan tuh bukan musim derian... konpius plak... harap2 diorang tak letak tempoyak ler.. heheh

fzi said...

ohh gitu ke... taknak le letak tempoyak kan Ijan.. kalu lempok tu orite gak kalu bukan musim durian...

Menu A - Z