BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Chicken Chop. Show all posts
Showing posts with label Chicken Chop. Show all posts

Wednesday

Chicken Chop di Cafe Mahallah Ali


Alhamdulillah semalam lari kejap ke uia untuk selebret befday kakak, anaknda Nur Farihin. Hepi Sweet 19th anakku... semoga bertambah TAQWA...amin ya rabbal a'lamin..

Mama tak sempat nak buat kek pun, just singgah beli hadiah je kat kakak. Hadiah bersama pulak tu ngan papa iaitu sehelai T-Shirt Muslimah kaler biru firus...cantik.... :) Shilah pun bagi boxes yang colourful, cantik dan praktikal... senang kakak nak baling barang-barang dalam tu... haha

Selebret befday kakak kat Cafe Mahallah Ali yang terkenal sedap-sedap makanannya. Abang yang suka rekemen Cafe Ali kat kita kan.. Hari tu kita dah rasa Nasik Arabnya, kali ni kita terai Chicken Chop nya pulak.. ley la compare sedap kat Ali ke sedap kat Cafe Zubair.. *tapi rasa cam lagi sedap ciken cop kita... he he* Jus manggo ais blended nya semalam teramat la best. Air Yogurt yang jadi buah mulut kawan2 abang pun boleh tahan best, kan...

Kenyang makan Chicken Chop semalam... Rite kakak, mama tulis kat blog sebagai kenangan selebret befday kakak kat Cafe Ali. Nanti kakak n abang balik cuti raya haji kita buat Nasi Dagang InsyaAllah. Balik dari uia semalam, mama papa n shilah singgah jumpa Ba'an kat pick-up point Petronas Jalan Ulu Kelang untuk ambik 5kg beras Nasik Dagang yang Ba'an tolong beli masa balik Kelantan. Ba'an bawak nise kapong lagi 3 plastik wat tambah yang hari tu. Oh jenuh la mama wat bubur n pengat kalu camni... :)

Happy befday kakak... :)


Sunday

Resepi Mudah Chicken Chop

Assalamualaikum.


Menu western food pulak kita kali ni ya... kira acara selingan le ni, menyelit dalam koleksi menu kelate... hehe

Teringin nak makan Chicken Chop semalam. Tu yang time pegi pasar siap2 gitau kak Nor kat gerai jual ayam nak ayam bahagian isi jeh, buang tulang.... Pekerja kak Nor dengan kadar segera terus uruskan permintaan saya tu... Heee... suka! Dah berkira2 konfem jadik Menu Chicken Chop untuk makan tengahari kami semalam..
hehe

Jom kita buat sendiri Chicken Chop. Nak makan kat kedai yang dah siap terhidang depan kita, paling murah pun RM12 sepinggan.... congak2 kalu kami berlima anak beranak makan, plus plus air lagi... huh dah brape... ishk
takleh jadi nih..


Resepi Chicken Chop versi fzi ni mudah-mudah je... takde masuk cam-cam perisa tambahan yang berbagai kat pasaran tu... hanya resepi mudah yang pakai bahan2 asas yang ada kat dapur kita-kita semua je.... Alhamdulillah satu menu yang sedap, sihat, berkhasiat lagiiii lah mengenyangkan.... :))


RESEPI CHICKEN CHOP
Bahan 1:
  • isi ayam (basuh bersih, tos sampai sejat air. Lumurkan dengan sedikit garam, perap seketika.
  • tepung gandum digaul dengan lada hitam yang ditumbuk
Cara: Celup dan balik2kan ayam dalam tepung lalu digoreng dalam minyak yang penuh.



Bahan 2: SOS
Tumbuk bawang puteh dan halia, tumiskan. Masukkan lada hitam yang ditumbuk diikuti dengan air masak. Kemudian tambahkan sos tomato serta sedikit kicap *fungsi kicap nak kasi kaler sos cantik... kasi gelap sikit* Campurkan sedikit tepung gandum supaya sos jadi likat. Perasakan dengan garam dan gula.


Bahan 3: Aksesori/hiasan:
  • kentang wedges - Goreng kentang kemudian gaulkan dengan sedikit margerin dan sos lada hitam
  • daun salad
  • buah tomato
  • sayur brocoli dicelur sekejap
  • carrot dll ikut kreativiti masing2...

Sekian, Wassalam.

Popular Posts

Menu A - Z