BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Menu rebus2 je.....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah saya kembali bersiaran setelah menyepi buat seketika... Tak berapa sihat sikit hari tu, jadi takde la on pc sangat, banyak masa hanya rehat sambil membaca untuk recover.... Ada hikmahnya, di samping dapat redakan demam saya yang on and off tu, dapat kembalikan semangat bila dah sehari2 asyik duduk membelek buku je....alhamdulillah bertambah le sikit ilmu dekat part2 yang mana kurang tu...heheh

Sepanjang musim tak berapa sihat tu, saya asyik duk ulang2 buat jus limau je tak kira lah limau nipis ke, kasturi dan juga lemon *hepi, pokok lemon kat laman dah berbuah. Jemput klik di SINI kalu ada yang nak tau citer pasal lemon*. Lega rasa tekak tiap kali minum jus2 limau ni. Sekali2 buat jus pegaga sama.*pernah citer jus pegaga kat sini*

Air asam jawa dulu suka, sekarang agak fobia nak minum lepas baca citer yang agak negatif pasal asam jawa tempohari dalam internet. Jadi buat sementara waktu berhenti kejap beli asam jawa. Pakai asam keping je dalam sume masakan yang memerlukan asam. Kalu tak pun ganti guna cuka dan asam limau. Kalu ada yang berminat nak tau kisah macam2 asam yang saya gunakan dalam masakan jemput klik di SINI.... :))


Macam2 gini je lah masakan saya dalam tempoh hampir 2 minggu tak sihat tuh...main rebus2, singgang2 je....huuu....boleh kata hari2 buat sayur bayam, sawi bunga yang manis tu dan satu lagi yang tak boleh tinggal, taugeh...pastu tambah la makan mana2 ulam yang kitaorang tanam cam ulam pegaga dan pucuk gajus....alhamdulillah kembali bertenaga :)

Saturday

Tepung Pelita

"Lama ek mama tak up-date Menu"

Kakak tiba2 tanya masa tengah breakfast semalam.


"...hehe...bese la tu, kan mama duk tekun baca buku skang ni...mana nak baca buku yang beli kat pesta buku hari tu lagi, nak habiskan buku yang pinjam kat library lagi....heheh"
, terus bagi alasan konon nak cover.

Tapi sebenarnya memang ya pun. Masak tu tetap masak, kueh pun buat, tapi buat yang selalu buat tu je....yang dah ada dalam fzmenu seperti pengat2, bubur dan jepput pisang. Pastu sudah semestinya empat lima jenis variasi pulut yang sohor di kelate cam pulut pagi, pulut seri muka, pulut beriti dll lagi tuh ....
:))

Jadi, kali ini nak tunjuk menu Tepung Pelita pulak. Petang semalam sempat round blog rakan2
blogger jap, lalu tiba2 terpandanglah Tepung Pelita dekat blog Atsauri. Ishk, takkan nak tengok je ya tak.... tak boleh jadi nih.... kalu tak buat, gerenti sampai ke malam la saya duk teringat2 nak makan tepung pelita,..... huuuu

Terus shut down komputer.... ambik pisau... keluar ambik daun pisang, daun pandan dan raup lidi dari kelapa pandan papa *
alahai rongak jadinya pelepah kelapa papa....soriii* Kemudian masuk umah, layur2kan sekejap daun pisang kemudian potong2 ikut sama saiz. Dah selesai buat 'temalong' *bekas tepung pelita*, baru panaskan air dalam kukusan. Mulalah bancuh tepung, ejas2 kecairannya biar perfect kepekatannya... saya suka cayak-cayak sikit, lembik2 sikit finishing tak suka keras kuehnya... heheh

Orite!
Akhirnya selamat sudah buat tepung pelita petang semalam. Kira.. kira.. dapat laa 15 biji semua sekali. Cukuplah tu...tepung pelita saya besar2.... kiranya bukan saiz bot laju la, ni kira saiz bot penumpang...hihi... makan dua bijik InsyaAllah dah kenyang.... :) Sedapppp.... siap2 sejukkan dalam peti tunggu kakak, abang dan papa balik makan. Shilah yang ada kat umah la untung, dapat mula2 try.... "Hmmmm... bestnya Ma.....", jerit shilah time rasa.... Alhamdulillah syukur..... Timakasih buat Atsauri yang cetuskan idea buat akak... :))

Jom kita tengok resepi....


RESEPI TEPUNG PELITA  ASLI KELANTAN 

Bahagian bawah:

  • tepung beras setengah cawan
  • secubit kapur makan
  • air masak + pati pandan*mesin daun pandan 5 - 6 helai* jadikan 2 cawan

Bahagian atas:
  • tepung beras setengah cawan
  • santan 2 setengah cawan
  • garam dua tiga cubit

Yang perlu disediakan:
  • daun pisang dipotong segiempat tepat sama saiz *saya lapiskan 2 helai daun untuk setiap temalong*
  • lidi dipotong 1 setengah inci setiap satu *boleh ganti guna stepler*
  • gula pasir untuk lapisan paling bawah *nak ganti guna manisan pun boleh*
Cara membuatnya:
  1. Bila air dalam kukusan dah mendidih, susunkan temalong dekat antara satu sama lain. Kalau jarak2, bentuk tepung pelita lepas masak kureng cantik.
  2. Masukkan 1½ sudu teh gula dalam setiap temelong(saya lebihkan sikit gula kali ni sebab temelong agak besar... gitu)
  3. Curahkan lapisan bawah sehingga sampai paras setengah dari temalong.
  4. Kukus 15minit.
  5. Kemudian curahkan pula lapisan atas yang berwarna putih. (Lapisan putih ini kalu nak bagi pejal sikit, boleh masakkan sebentar sampai naik wap. Tutup api kemudian baru dituang atas lapisan hijau).
  6. Kukus balik dalam 10 minit.
  7. Alhamdulillah....selesai sume, tunggu sejuk jap baru masuk peti.... nyum nyum nyum :)

***nota fzi:
  • kadar kecairan boleh diejas, jika suka keras sikit tepungnya, boleh tambah tepung beras... bagi resepi di atas, tahap kueh betul2 lembik, bergoyang2 nampak kuehnya semasa diangkat dari kukusan, tapi alhamdulillah 'seghing' elok masaknya.
  • boleh ganti kukus dalam container bulat kecik2 kalu tak ddan cari daun pisang dan buat temalong. Tapi lagi sedap makan tepung pelita dari bekas daun pisang, aromanya lain... :)
  • saya suka kukus terus, tak dimasak terlebih dulu lapisan atas.

***up-date 7.oo pagi Selasa 13/4/2010

Alhamdulillah petang semalam buat 2nd round tepung pelita dalam selang masa 3 hari ini....hehe... Stat buatnya pukul 5.00, pukul 6 suku dah siap semua. Kalu dah siap2 buat temalong time lain, lagi la sekejap tempoh masa nak buat tepung pelita ni....dalam 20 minit dah boleh siap... :)

Kali ini saya buat temalong pakai daun pisang emas pula. Hari tu buat pakai daun pisang tanduk. Ambik 2 pelepah daun pisang dan 4 helai daun kelapa untuk lidi. Alhamdulillah adunan yang dibancuh, ngam2 cukup untuk 17 bot yang agak comel. Nampak cute sikit laa sebab botnya kecik sikit...hehe... Bila dah bot kecik tu saya kurangkanlah sikit sukatan gula untuk lapisan paling bawah tu menjadi satu sudu teh *umbu* je...

Jom layan gambar 'pelita hidup' semalam....
:))


Selamat bertepung pelita.

Wassalam.

Menu A - Z