BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Kosu


Shilah, saya suruh keluarkan dulu semua pinggan dalam kabinet hujung, lap dulu kabinet bersih-bersih baru dimasukkan balik pinggan2 tu. Dah nampak tak tersusun sangat dah dalam kabinet tu... piring kueh pun duk tindan sekali dengan pinggan nasi. Tu yang menyakitkan mata bila tengok.

Tiba2 ...

"Mama! Lamanya kita tak buat apam...ni Shilah jumpa bekas apam ni!", kata Shilah sambil keluarkan hampir kesemua acuan yang kecil molek tu *yang dah lama tersorok kat dalam tu...bila dah tak nampak, takde la teringat nak membuat kueh2 yang pakai acuan ni... hehe*


"Eh mana la sempat nak buat apam nya..., apam nak kena ada tapai dulu baru boleh buat...",sahut saya yang duduk tak jauh dari tempat nya yang duduk bersila depan kabinet tu.

"Ok lah, apa kata kita buat KOSU, nak?", cadang saya pula.

"Orite!!!", jerit Shilah sambil tersengih-sengih.


************

Ini la dia Kosu nya.... biasanya orang di luar Kelantan panggil kueh ni dengan nama Kueh Lompang. Kueh ini mengikut kata orang tua2 sesuai sangat untuk orang lepas bersalin. Macam saya dulu, makan kosu je lah hari-hari semasa berpantang... :))

Resepi KOSU

  • 2 setengah cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • setengah cawan tepung ubi
  • beberapa titik perisa ros
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • kelapa parut dibubuh sedikit garam
Cara nak buatnya:
  1. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Gula + air + daun pandan dimasak hingga gula larut. Tutup api dan sejukkan.
  3. Campurkan kesemua bahan *nak senang saya masukkan kesemua bahan yang dibancuh dalam balang blender jus dan putar sekejap bagi sebati*
  4. Bahagikan kepada 4 bahagian * satu bahagian ditinggalkan untuk warna ori putih*
  5. Sedia untuk dikukus.
**sedap dimakan dengan kelapa parut.


Menu A - Z