BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Gulai Telor


Bila rasa 'lecah mulut' ke 'tawar mulut' ke atau pun 'pahit mulut' *dan apa2 rangkaikata yang sewaktu dan semakna dengannya lagi*, saya selalu teringat nak buat gulai telor ni. Sedap dan menyelerakan lebih2 lagi bila dimakan dengan nasi panas2 dan digandingkan dengan Daging Goreng Buku, Ikan Masin dan Sayur Campur.... mmmm..... pendekkata sukaaa sangat.......

Mungkin ramai yang suka buat gulai telor ni tapi ada yang buat stail telornya direbus terlebih dulu. Macam saya, saya suka telor yang dimasak terus dalam gulai.... rasa berpalut dengan kuah gitu....

Jom tengok resepinya lagu mano..... :)


Bahan2nya:

  • Telor itik/ayam
  • setengah inci kunyit hidup *
  • 2 hirislengkuas *
  • 4 tangkai cili kering *
  • seulas bawang puteh *
  • selabu bawang merah besar *
  • pati santan RM1@ tiga suku cawan(3/4 cawan)
  • sekeping asam gelugur(asam keping)
  • garam
  • gula
  • timun batang dibelah dua dan dipotong kecil
Cara nak buatnya:
  1. Santan dicampur dengan +- secawan air masak, direnehkan bersama dengan asam keping seketika. Sementara itu tumbuk bahan2 yang bertanda *.
  2. Kacau santan atas dapur sekali sekala takut pecah minyak.
  3. Bila santan dah masak cantik, masukkan bahan2 yang ditumbuk. Masak lah sampai agak2 naik minyak gitu.
  4. Masukkan timun. Bila timun hampir masak barulah diperlahankan api.
  5. Masukkan telor yang dah siap2 dipecahkan dalam mangkuk berasingan.
  6. Biarkan telor masak sendiri sambil sesekali dikacau kuah di sekeliling telor.
  7. Bila telor dah kental masak baru diterbalikkan sebelah lagi.
  8. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  9. Siap untuk dihidangkan....

Menu A - Z