BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Kuih Putih Telor/Taik Itik


Assalamualaikum.
Mula2 nak mintak ma'ah la sebab nama kuih yang dislash kan tu agak tak berape sedap didengar...heheh...Tapi yang benarnya, dari sejak dulu nama tu lah yang fofuler nya. Kami2 dan mereka2 terus panggil nama kuih putih telor tu dengan nama Taik Itik...

...harap2 lepas ni akan ada nama baru yang orang ramai2 akan pakat2 tukar panggil untuk gelaran kuih tradisional Kelantan yang satu ni. Insyaallah jika pakat2 kita praktikkan nama baru, maka akan lebih enak didengar sesuai dengan sifatnya sebagai makanan.... :))

Di bulan Ramadhan ini, dah dua kali buat Kuih Taik Itik. Kukis yang saya buat banyak pakai kuning telor. Itu yang banyak telor putih berlebih. Buat lagi hari Ahad tu, boley buat bekal anaknda yang nak balik mahallah dan setengah lagi saya bawak pegi rumah jiran sebelah yang buat majlis berbuka puasa sempena Pak Nor akan ke Mekah menunaikan Umrah. Alhamdulillah tiga empat orang jiran datang berbisik, kata sedap. Tuan rumah sendiri sukeee, lebih2 lagi Pak Nor sendiri puji sedap masa kami sekeluarga temung mata nak balik... :)


RESEPI KUIH TAIK ITIK

Bahan2nya:
  • telor putih setengah kilo *ditapis dengan kain*
  • tepong setengah cawan
  • gula 1 cawan
  • bunga cengkih 5 - 6 kuntum
  • daun pandan 3 helai disimpul
  • minyak mazola setengah cawan

Cara membuatnya:
  1. Kesemua bahan kecuali minyak disatukan. Kepok2 biar sebati.
  2. Masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  3. Kacau2kan agar tidak hangit.
  4. Bila dah hampir kental, masukkan minyak mazola.
  5. Kacau lagi hingga kental sempurna.
  6. Buang daun pandan dan bunga cengkih.
  7. Bentukkan ikut suka hati...cam saya, sempritkan saja biar jadi kuntum2 kecil...senang nak makan di samping cantik mata memandang... :)

Menu A - Z