BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Lompat Tikam aka Lopak Tike


Semalam teringat-ingat nak makan Lompat Tikam. Walau pun masa tu dah terlepas time minum petang, dah dekat 6.30 dah pun tapi di-teruskan jugak misi melompat tikam tu.


Makan nasik kira lambat lah sikit sebab dah kenyang make lopak tike. Buat lauk pun yang simple je. Hanya bakar ayam dalam oven pastu buat kuah paprik..dah..
Alhamdulillah :)


Resepi Lompat Tikam

Bahan yang diperlukan:

pulut 1 1/2 cawan

santan cair
pewarna merah
garam secubit dua
daun pandan

tepung beras 3/4 cawan
santan cair 1 1/2 cawan
1/2 cawan pati pandan (mesin dari 5 helai daun pandan)
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur makan
garam secubit dua

tepung beras sesudu besar (umbu)
santan 2 cawan
garam secubit dua
daun pandan

nise kampung 1 - 2 karet
daun pandan
air


Cara buat Lompat Tikam:

  1. Pulut - Secawan setengah beras pulut direndam dalam air yang dititik sedikit pewarna merah (saya masukkan banyak titik... nak kasi kaler dia ngancam sikit) - Rendam 10 minit pun OK lepas tu toskan dan kemudiannya dikukus dengan sehelai daun pandan yang disimpul(kalau guna kukusan yang berlubang besar, lapikkan beberapa keratan daun pandan sebelum diletak pulut di atasnya) - kukus selama 10 minit - keluarkan dan arung dengan santan kemancar(santan cair) yang dibubuh garam - kukus lagi selama 10 - 15 minit(kali ni dah tak payah lapik daun pandan, letak terus atas kukusan berlubang)
  2. Tepung Hijau - Sementara pulut di atas dapur, bancuh 3/4 cawan tepung beras dengan 2 cawan (santan cair dan pati pandan) + secubit kapur makan + sedikit garam - masak atas api - bila sudah masak dan pekat tutup api, tuang dalam loyang *kukus pulak dalam 10 minit*
  3. Santan pekat(kepala santan) - Bancuh sesudu besar tepung beras + dua cawan santan + sedikit garam + sehelai daun pandan yang di simpul - masak sampai cair-cair likat - tutup api dan sejukkan
  4. air manisan - Cairkan nise/gula melaka ketul + air + sehelai daun pandan yang disimpul - masak sampai likat - tutup api dan sejukkan.
Nota: Ada yang kukus pulut terus dalam santan bergaram sepertimana cara kita nak buat Pulut Seri Muka, tapi rasa2nya pulut untuk dimakan dengan lompat tikam ini InsyaAllah akan lebih enak dan terampil cantik jika dikukus kosong terlebih dulu.

Sekian, Wassalam.


10 comments:

ameris said...

sedapnyo lompat tike nie... tp saya biasa beli jah. nk buat mcm x berbaloi la kak. dok 2 org je.

fzi said...

ameris,
..betul tu, kalu tok ramai kat umah rasa cam tok pade nok buat, kan..
tapi kalu free bila2 ley try, kejap je siap :)

muna said...

Nampak cantik dan sedap.Tapi sye tak pernah rasa.Hari2 biasa ade tak dijual.Kat mane ya boleh beli.
Teingin jugak nak rasa....

fzi said...

mona,
Kalu dekat bulih mari rasa.. :)
Tak rumit mana buatnya, terai je buat mona.. kalu nak beli, kita rasa kat pasar Keramat ada..

School Of Tots said...

Lompat dulu baru tikam. Ni kira petua hulubalang zaman dulu bila bertempur dgn musuh. Bagi raikan kemenangan dlm perjuangan, lepak sat mkn kueh ni. Kebetulan pulak kueh tu takde nama glamer lagi, jadi terus depa beri nama 'lompat tikam' atau 'lopat tike'. Mungkin benar cerita ini atau cuma rekaan.

fzi said...

SOT,
Idea dari citer kungfu ke ni.. :)

Melor said...

sedap tu dah lama tak buat sbb org yg suka mkn dah takda. melor makan juga tapi tak laju.

fzi said...

Melor..
Ooo melor tak brape laju makan... kat umah akak ley tahan laju seghemo beghehi.. :)

Peri PiA said...

suke sgt lompat tikam! :)

fzi said...

Pia,
..memang best dan bermutu lompat tikam.. :)

Menu A - Z