BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Resepi Mudah Lempeng Pisang


Alhamdulillah dalam dua tiga minggu ni kerap dengan menu pisang.
Apa tak nya, nak perabih dua tandan pisang yang masak sekaligus dalam jarak masa selang dua tiga hari. Satu tandan pisang Awak dan satu tandan lagi pisang Emas. Alhamdulillah rezeki hasil tanaman..

Salah satu menu kegemaran bila ada banyak stok pisang ni ialah Lempeng Pisang. Lempeng yang versi mudah2 je, takde campur kelapa parut pun...hanyalah pisang, tepung gandum, gula, garam dan air. Tapi walau sempoi gitu je pun, kesedapannya tak dapat di-nafi...tersangat lah sedap.

Resepi Mudah Lempeng Pisang
Bahan2nya:
5 - 6 biji pisang Awak atau pisang Emas
1 sudu besar gula
1/2  sudu kecil garam
3/4  cawan tepung gandum
1/4 cawan air(kalau pisang emas tak payah tambah air)

Sedikit minyak dan margerin untuk memasaknya.

Cara membuatnya:
Lecekkan pisang. Campur kan dengan lain2 bahan. Panaskan ceper. Tuang sedikit minyak sekadar bagi minyakkan ceper sahaja. Bubuh sesenduk adunan, leper2 kan biar serata. Tambahkan sesudu kecil margerin/mentega di sekeliling adunan. Biar masak seketika sebelum diterbalikkan ke sebelah satu lagi. Tambahkan sedikit minyak dan sesudu kecil lagi margerin. Terbalik-balikkan lagi dan biarkan sehingga masak. Angkat dan ulangi proses. Alhamdulillah dapat 3 hingga 4 keping lempeng bergantung pada saiz lempeng.

*jangan terlebih tepung, jadi tak sedap kalau banyak tepung. Kalau adunan agak melekat di kuali, itu biasa...tolak perlahan2 dengan sodep sebelum dapat diterbalikkan.
*jika pakai ceper yang non-stick tak payah bubuh minyak, cukup sekadar margerin.

Gigih jugak ler nak habiskan stok pisang  yang banyak2 tu... jadi saya selang-seli kan lempeng dengan kueh yang rasa dia macam nak sama je cuma tukar versi je iaitu Jemput Pisang aka Cekodok Pisang...ehe he

Sekian, wassalam.


1 comments:

Unknown said...

good

Menu A - Z