BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label sugho kelate. Show all posts
Showing posts with label sugho kelate. Show all posts

Wednesday

Cara Buat Sugho Kelantan

Alhamdulillah.....


Hari ni berjaya buat Sugho. Sempena bulan Muharram, dengar nya ramai lah yang buat Sugho di sini sana. Jadi saya yang dah lama berhajat ni, ikut sama la buat...ehe he.. Ya lah rempah sugho pun dah ada, so no excuse..kena jadi juga buat... Alhamdulillah maka terhasil lah tadi dengan jayanya.

Seperti yang dijanjikan lama dulu(dalam posting Sugho Kelate bertarikh 1/3/11 ), nak kongsi lah resepi sugho Kelantan yang original aka asli ini dengan bloggers n readers sekelian. Resepi asli dari kak Sharifah dan arwah Hj Narawi. Alhamdulillah jazakallah semoga pahala berpanjangan buat kedua mereka inshaaAllah...amiinn

RESEPI DAN CARA MEMBUAT SUGHO KELANTAN
(resepi ini saya edit untuk portion yang lebih kecil sesuai dengan saiz periuk dan kuali yang ada kat rumah...)

Resepi asal diceritakan roughly dalam sukatan 2gantang beras, jadi kita kecikkan untuk  sukatan setengah (1/2) kg beras sahaja. Jagung dalam resepi asal pakai jagung mentah saya tukar pakai jagung dalam tin je..

Bahan yang perlu ada:

  • 1/2kg @500g beras
  • 165g kacang merah
  • 165g kacang hijau
  • 165g ubi stelor(keledek)
  • 1 tin jagung kennel dalam tin
  • 500g daging
  • 500g gula
  • 3keret nise
  • 1 sudu kecil garam
  • 500g bawang merah
  • 5ulas bawang puteh
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5batang serai
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan puteh
  • 1 sudu besar umbu rempah ketumbar
  • 1 sudu besar paras lada benar(lada hitam)
  • 150g rempah Sugho
  • 165g kelapa parut utk Kerisik 
  • 500g Santan 

*to be cont...Cara Membuat Sugho Kelantan

Alhamdulillah jom tengok cara nak buatnya camane...


  1. Mula2 masak air...bila dah menggelegak baru boh beras. Rebus beras sampai hancur baru masukkan kacang di-ikuti dengan ubi stelor(ubi dikupas kulit dan dipotong kecil2). Seterusnya masukkan jagung. Kacha2 jangan bagi berkerak di dasar kuali/periuk(fzi guna rice cooker besar untuk part rebus2 ni nak bagi cepat di samping nak jimatkan gas😉)
  2. Masa tengah rebus beras...sediakan bahan lain... Potong daging kasa2(besar2) kemudian rebus. Kena potong besar2 supaya daging tak hancur. Finishing sugho yang cantik kena ada daging yang tak hancur sepenuhnya. Bila dah rebus, carik2kan daging (macam nak buat sambal daging).  
  3. Buat kerisik(sangai@goreng kelapa parut tanpa minyak sampai perang dan kering kemudian tumbuk/mesin kering jadi kerisik).
  4. Sangai(goreng tanpa minyak) satu persatu: rempah sugho, lada benar, jintan puteh dan jintan manis  dan rempah ketumbar. Lada benar, jintan puteh, jintan manis dan rempah ketumbar kemudiannya dimesin kering.
  5. Bawang separuh di buat bawang goreng, separuh lagi mesin mentah. Minyak lebihan buat bawang goreng tu pakai untuk goreng serai yang dihiris halus.
  6. Blend bawang goreng, bawang mentah, bawang puteh, halia, lengkuas dan serai yang digoreng. 
  7. Perap daging dengan kesemua bahan2 yang diblend dan dimesin kering kecuali kerisik.
  8. Tiga kali kering air baru lah buboh perapan daging. Kacha2 jangan bagi berkerak di dasar kuali/periuk.(bila dah selesai part ni, fzi tuang semuanya dalam kuali besar, tukar dari periuk masuk ke dalam kuali)
  9. Kemudian masukkan santan, nise, gula, kerisik dan garam. Sangat kena berhati2 part nak masuk garam ni. Kalau terlebih garam, dah tak boleh wat apa...dah jadi tak sedap sugho. So ingat2 eh.
  10. Masak sampai seghing supaya sugho nanti mudah dan cantik dihiris. Mesti seghing agar sugho tahan lama, tak mudah nak basi.

Alhamdulillah..dah jadi sugho. Kalih2 kan, masuk dalam dulang besar atau bekas2 kecil senang nak kasi2 orang. Eloknya lapik dengan daun pisang untuk aroma sugho yang nyaman..hi hi

Selamat buat Sugho Kelate....💗




Monday

Sugho Kelate

Alhamdulillah, sapaa hajat nok makea sugho... tapi bukea bubur asyura stail oghe luar hok seghupo bubur lambok bule poso tu... hok nok nyo Sugho Kelate hok kaler hitam. Beghajat nyo lamo doh... hari tu ada la saing ajok gi pakat kacha sugho...tapi betelle ado khijo tok leh la nok join... sapaa ko suk tok meghaso sugho...







Jadi hari ni, sapaa la hajat... nbour oghe kelate ado kacha sugho sekawoh semale..demo anok-beranok jah... jadi bulih tuppe ghaso la kito2 hok duk dekat ni... alhamdulillah.... Timokasih banyok deh kak Syarifah suami-isteri....
:))



Translate dari pelat kelate:
*bagi kengkawan yang tak brape faham dengan apa yang saya duk merepek kat atas tu...hehe...*


Alhamdulillah, sampai hajat nak makan sugho... tapi bukan bubur asyura yang style orang luar kelantan buat tu, yang macam bubur lambok di bulan puasa tu.... yang saya teringinnya ialah Asyura Kelantan yang berwarna hitam. Dah lama berhajat nak makan... Hari tu ada kawan yang ajak datang kacau sugho ramai2... tapi kebetulan waktu tu kami ada hal, maka tak dapat lah nak join sama.... Jadi dari sejak hari tu lagi tak dapat2 nak makan sugho....


Jadi hari ini, hajat kesampaian... ada neighbour orang kelantan sekeluarga yang kacau sugho sekawah semalam, jadi dapatlah jiran berdekatan tumpang merasa...alhamdulillah.... Tkasih banyak buat kak Syarifah suami-isteri...
:))

**UPDATE  resepi Sugho..di SINI

Popular Posts

Menu A - Z