BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Ikan Percik


Petang semalam memanggang lagi.....

...kali ini buat Ikan Percik pulak. Kakak yang sepatutnya balik hari ini, dapat balik sehari lebih awal sempena cuti depavali. Oklah...dapat lah lama sikit kakak kat rumah.

Saya dah plan siap2 kalau kakak balik nak buat percik lagi. Ikan kembong fresh yang beli kat gerai Mie Ustaz Sobri hari tu ada belen 6 ekor lagi, bolehlah dibuat percik. Nak cukupkan lauk, buat percik ayam sekali lagi yang ada lagi 2 keping....

..mmmm.
.... sedappp percik ni... lebih2 lagi ikan, saya suka ikan... kalu hari2 makan ikan percik pun takpe.....tak jemu rasa.... :))


Resepi Ikan Percik

  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping
Caranya:
  1. Mula2 sekali, kuatkan hati hadapi cabaran untuk nak hidupkan api dari dapur arang....hehe *bab ni yang saya selalu surrender...amat mencabar kesabaran* :)
  2. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  3. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  6. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti.

Menu A - Z