BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Pavlova... maveles!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.


Rancangan kuali di sini agak lama cuti ek. Dapur tak berasap ke? Eh tak lah... berasap tu berasap tapi break jap citer-citer pasal masak kat blog.. bz sikit... Laman rumah pun alhamdulillah hari ni baru sampai seru nak keluar tengok2. Dua-dua bersemangat... saya dan suami jadi semangat nak keluar siram2 pokok dan cuba rawat memana pokok yang dah hampir KO sebelum ianya betul2 KO cam yang dah banyak KO tuh.. ouh tidakk..

Ok, hari ni nak tunjuk menu omputeh yang saya google cari dua tiga hari lepas. Pavlova, selama hari ni tak pernah tau pun pasal dia. Alhamdulillah lepas baca dua tiga blog blogger yang citer pasal Pavlova ini, terus hati tu jatuh cinta. Terima kasih ye semua for introducing, daripada tak tau dah jadi tau.

Malam semalam buat untuk kali ke-2 untuk hidang pada kakak, abang ipar dan anak2 sedara yang datang berkunjung. Lepas dinner, terus saya keluarkan Pavlova sebagai dessert. Everybody excited... alhamdulillah. Tapi yang buat semalam tak ambik gambar lah. Gambar yang tunjuk ni Pavlova yang festaim buat, dulu kelmarin. Amboi, maknanya dua hari berturut-turut buat Pavlova.




Mari kita tengok video yang tunjuk step-by-step camane nak buat Pavlova ni.



Resepi Pavlova
(dari Joyofbaking.com)



4 biji puteh telor (size A)

1 cawan gula

1/2 sudu teh vanila *saya lupa taruk*

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung


Topping:

1 cawan heavy cream/thickened cream/whipping cream...mane-mane le

1 1/2 sudu besar gula *saya tak taruk sebab whipping cream dah manis (brand RICH kotak biru)*

1/2 sudu teh vanilla *saya tak taruk*

Fresh fruit - buah kiwi/strawberries/raspberries/blackberries/passion fruit/peaches/pineapple/lain-lain buah ikut citarasa.



Cara buat pavlova:

  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C.
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.
  4. Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  5. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  6. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  7. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik.
  8. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  9. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  10. Bakar pada suhu 140' C selama sejam.
  11. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan.
  12. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))

**********

Mini Pavlova



Menu A - Z