BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Gulai Nasi Berlauk (Versi 2)


Salam di hari minggu....

Pagi ini kami sekeluarga breakfast Nasi Berlauk.... Gulai ikan nya yang buat dinner malam tadi. Sengaja saya buat lebih jadi pagi ni boleh le tanak nasik dan sume pakat2 bersarapan Nasi Berlauk.... alhamdulillah kenyang suami dan anak2ku pagi ni... :)

Ditambah nama Versi 2 tu sebab gulai kali ini bukan macam gulai nasik berlauk yang pernah di
postkan N3 nya sebelum ini. Kali ini buat stail Tenganu, masuk rempah kari sikit. Gulai ini lah yang sering saya buat untuk digandingkan dengan Nasi Dagang saing dengan lauk2 lain. Kalau ada option, anak2 memang lebih sukakan versi gulai yang ni berbanding versi pertama *sila klik di SINI untuk resepi gulai ikan tongkol stail kelate*. Bagi saya pula, mana2 pun ok jeh... bulih belako... :)

Jom kita tengok resepi....


RESEPI GULAI NASI BERLAUK VERSI 2


Bahan2nya:
1. Ikan Rebus

  • ikan tongkol sederhana besar dipotong sederhana tebal
  • lengkuas
  • asam keping 4
  • garam buku secekak
  • sedikit manisan
Cara:
Semua bahan direbus dengan sedikit air. Rebus dalam periuk bertutup. Tutup api bila air rebusan hampir kering. Elok dibiarkan semalaman sebelum dibuat gulai.


2. Gulai Ikan Tongkol
  • ikan rebus
  • santan RM1 @ tiga suku cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti ikan
  • lengkuas 2@3 hiris **
  • halia muda 2 inci **
  • bawang merah besar 1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • sedikit kunyit hidup **
  • cili kering 2 tangkai **
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • timun/kacang panjang/cili hijau
Cara:
  1. Renihkan santan sambil dikacau sekali sekala.
  2. Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
  3. Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
  4. Bila tumisan dah masak cantik tuangkan ke dalam periuk santan.
  5. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
  6. Masukkan asam keping.
  7. Kemudian diikuti dengan hirisan timun/kacang panjang/cili hijau.
  8. Bila sayur dah hampir layu baru masukkan ikan rebus.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Sambal Lada

  • cili kering 5 tangkai *basuh, potong, rendam dalam air sekejap lalu dimesin*
  • cuka *boleh ganti dengan asam limau nipis/kasturi*
  • garam
  • sedikit gula
Cara:
Cili kering dimasak tanpa minyak. Bila dah agak kering sedikit ditambah cuka, garam dan gula secukup rasa.

Sekian Wassalam.


Menu A - Z