BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Rojak Mee Kelate



Semasa ke NSK Rawang weekend lalu, nampak keledek cantik2 semua, terus terbayang nak buat Rojak Mee. Dah lama tak buat.... dah lama tak makan.... timing pun rasanya sedang elok je, anak2 semua ada kat rumah weekend lepas. Boleh lah mama masak special sikit buat minum petang....lagi pun kebelakangan ini hujan tiap-tiap petang, jadi kenyang la semua bila pekena rojak mee time time ujan tu.... :)

Tapi buat rojak mee versi kelantan lah, tu sebab siap2 tulis tajuk posting ni Rojak Mee Kelate. Ada beza sikit rasanya dari lain-lain rojak mee yang biasa saya makan kat mana2 restoran atau rumah kawan2. Memang ada iras2 tapi rasa2nya macam tak sama rasa.... :)

Masa kecik2 dulu, rojak mee ni adalah antara faveret menu saya setiap petang. Kalau kat gerai Mokcik Yoh Pok Ya yang jjua kat gerai bawah pohon celagi tu habis, terus pusing basikal chopper saya pegi cari kat gerai kak Melah Gemok pula.

Sedap.... tak dapat cerita camane kesedapannya secara detail...hehe...bagi yang tau dan pernah rasa...gerenti dapat bayangkan.... :)


Resepi Rojak Mee Kelate

Bahan Kuah Rojak Mee:

  • keledek 4 - 5 ketul
  • manisan siam *kecil* 4 keret(kalau guna manisan kampung yang lebih besar kurangkan sukatan)
  • sedikit garam *secukup rasa*
  • cili kering dimesin
  • air asam jawa
Cara membuatnya:
  1. Ubi keledek 4 - 5 ketul direbus kemudian ambil 3 ketul untuk buat kuah *asingkan selebihnya untuk bahan hiasan rojak*. Tumbuk lumat2/mesin dalam food processor. Campurkan dengan air masak sebelum ditapis pati keledek. Tapis hanya jika beli keledek yang berhampas. Kalau beli keledek yang gebu dan tak berhampas, tidak perlu ditapis.
  2. Masak tanpa minyak cili kering yang ditumbuk dan kemudiannya air asam jawa.
  3. Masukkan air dari keledek yang ditapis diikuti dengan manisan dan garam.
  4. Masaklah sampai kuah rojak cair-cair likat.


Cara sediakan bahan hiasan atas Rojak Mee:
  • Mee kuning - dicelur sekejap
  • kacang cambah *taugeh* - dicelur
  • timun batang - dihiris halus
  • pati kacang *tauhu keping* - digoreng kemudian dipotong dadu
  • cucur udang keras - Satukan tepung beras + isi udang dicelur sekejap lalu dipotong dadu + daun kucai + bawang merah yang dimayang + garam + air masak. Bancuh hinggga tiada bahagian yang keras tinggal. Semasa hendak digoreng letakkan seekor udang fresh diatas cucur. Goreng sebagaimana goreng cucur/cekodok.
  • ubi kentang - direbus, dikupas kulit kemudian dipotong dadu
  • keledek - direbus, dikupas kulit kemudian dipotong dadu
  • telor - direbus kemudian dihiris 4 atau 6
  • cili hidup - dimayang halus
  • bawang goreng
Cara menyediakannya:
  1. Semua bahan hiasan yang dipotong dadu dan dihiris tadi disusun dalam pinggan besar. Susunkan sebelah menyebelah secara berkelompok.
  2. Hidangkan mee kuning yang dah siap dicelur dan ditoskan dalam pinggan besar.
  3. Hidangkan kuah rojak mee dalam satu mangkuk besar.
  4. Dah siap.... bolehlah menjamu selera sekarang... :)

**nota: ....maaf kerana tidak sertakan kadar sukatan bahan yang tepat sebab saya selalu main agak2 je bahannya banyak mana...ikut kesesuaian rasa...


Menu A - Z