BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Sambal Nasi Impit




Tiap kali raya, juadah Nasi Impit mesti sentiasa ada. Rasa saya kebanyakan rumah mesti tidak ketinggalan sediakan menu Nasi Impit sebagai salah-satu juadah raya di meja hidangan.

Sekarang ni senang, nasi impit segera mudah di dapati dalam dua tiga keluaran. Yang fofularnya sudah tentu lah jenama
Nona dan Adabi. Terpulang kepada citarasa masing2, malah ada juga yang rajin membuatnya sendiri samada dipek sendiri seperti nasi impit segera tadi atau pun beras di masak manual dengan air yang banyak kemudian dibungkus dengan daun pisang kemudian ditindih dengan benda berat...macam orang dulu2 buat nasi impit.

Amboi panjangnya intro... sebenarnya nak ceritalah yang saya juga tidak dapat tidak, kena buat jugak nasi impit beserta dengan kuah kacang siap dengan sambal kelapa sekali untuk dicicah dengan nasi impit ini.  Sambal kelapa selalunya istimewa diminta buat oleh suami. Jadi terhasil lah sekali lagi menu ini sebagai salah satu dari juadah raya kami.

Kalau di Kelantan*untuk menu harian sarapan pagi dan bukan di musim raya*, kami selalunya siap buat pulut pagi kalau buat nasi impit ni. Jadi bila tiba time nak makannya, gabungkan keempat2 bahan tersebut lalu diberi gelaran "Nasi Kapit Kawin".... huh macam2 gelaran makanan orang kelantan ni ... heheh....memang kreatif orang dulu2 yang kasi nama makanan tu sume...  :))

Mari kita tengok resepinya camne....


Resepi Nasi Impit
*saya dulu, kini dan selamanya guna nasi impit segera je, menyenangkan kehidupan*
Setelah dibasuh bersih, rebus nasi impit segera selama 1 - 2 jam dengan menggunakan rice cooker. Tambah air panas jika perlu dan tambah masa merebus.


Resepi Kuah Kacang Kelate
  • kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk jangan terlalu hancur*jika buat banyak separuhnya saya mesin guna pengisar kering*
  • sedikit udang kering direndam untuk melembutkannya *
  • halia *
  • bawang merah *
  • bawang putih *
  • cili kering *
  • jintan manis digoreng tanpa minyak kemudian dimesin dengan pengisar kering
  • jintan putih (ulangi cara jintan manis)
  • serai tiga/empat batang diketuk
  • asam keping
  • sedikit belacan *
  • santan RM2
  • manisan
  • garam
**maaf tak dapat memberi kadar sukatan bahan2 dengan tepat, sebab saya selalunya main angar2 je bahan2nya chemmok-chemmok mana...

Cara membuatnya:
  1. Semua bahan bertanda * dimesin lalu ditumis.
  2. Masukkan serai yang diketuk.
  3. Bila dah masak elok bahan tumisan, masukkan jintan manis dan jintan putih yang dimesin beserta kacang, gaul2kan rata sebelum dimasukkan santan dan asam keping. Tambah garam dan manisan. Kadar garam jangan terlebih sebab kuah nasi impit lagi lama lagi terasa masinnya. Rasa manisnya mesti dua tiga kali ganda*baru ada umph* :)
  4. Sesekali kacau, masak sampai kuah jadi likat.

Resipi Sambal Nasi Impit

  • kelapa parut sebiji *digoreng tanpa minyak*
  • Ikan kembung 2 ekor dibakar/rebus kemudian diasingkan dari tulangnya
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • bawang merah besar 1 labu
  • 2 - 3 hiris halia
  • 2 batang serai
  • manisan
  • garam
Cara membuatnya:
Kesemua bahan ditumbuk dan gaulkan sampai sebati. Sambalnya perlu rasa manis.


Menu A - Z