BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Nasi Dagang



Masa wat makan2 untuk raikan kawan2 anak2 baru-baru ni, saya buat Nasi Dagang. Sebenarnya takde plan pun nak buat, ingat nak buat kalu tak nasi minyak, nasi tomato je...tidakpun abih2 ikhtiar nasi berlauk je...kira sajer nak ketengahkan Nasi Berlauk yang fames di kalangan orang-orang Kelantan.... :)

Tapi mengenangkan banyak permintaan dari kengkawan anaknda yang mintak buat nasi dagang, nampak gaya kena ikhtiarkan juga biar jadik menu nasi dagang kelate hari tu....

So, alhamdulillah.... papa berhasil cari 6kg beras nasi dagang kat Pasar Borong Selayang. Saya dah peta-kan siap2 gerai mana yang papa kena tuju... satu2nya gerai orang kelantan yang terletak di salah-satu lot kedai di deretan kedai, betul2 berhadapan dengan pasar borong.


Saya estimate tetamu dalam 75 orang je *berdasarkan senarai nama tetamu yang bakal dijemput*, jadi hanya guna 5kg je beras tersebut....1kg lagi simpan untuk masak buat kami sekeluarga sekali lagi next time.... :)

Supaya nasi masak serata dan selesa *tidak terlalu padat* saya muatkan 5kg beras nasi dagang itu dalam 2 periuk kukusan yang besar. Satu guna kukusan besar yang selama ini digunakan untuk mengukus kueh pau dan satu lagi kukusan tinggi yang memang khusus untuk buat nasi dagang.

Sebagai lauk nasi dagang, beli ikan tongkol 15 ekor suruh Mie adik ustaz sobri tolong siap2 siang dan potong dalam ukuran sederhana tebal. Untuk pelbagaikan lauk, saya buat gulai udang sekali *beli udang 2kg* tetapi masak ikut versi Gulai Nasi Dagang Terengganu. Gulai Ikan tongkol masak ikut versi Kelantan, nak bagi ada 2 rasa....heheh

Seorang rakan blogger dari Kota Kinabalu iaitu Anie via blog saya (pandangan kasih), ada bertanya mengenai cara bagaimana saya buat nasi dagang untuk kuantiti yang banyak tu. Saya hanya bajetkan 1kg beras untuk lebih-kurang 15 orang. Jadi 5kg just nice untuk 75 orang. Tapi realitinya lebih 100 orang pulak yang datang.... kengkawan anaknda yang terlupa dijemput pun ada yang turut hadir bila dapat info sesama diaorang....hehe..

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah cukup pulak juadah yang disediakan....*campur2 dengan hidangan raya yang lain*

Jom tengok resepi saya berNasi Dagang....


Resepi Nasi Dagang Kelate

  • 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
  • santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
  • santan pekat 1 mangkuk
  • bawang merah 5 - 6 ulas
  • halia 1 inci
  • sedikit halba
  • garam
  • gula
Caranya:
  1. Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan.
  2. Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
  3. Kukus nasi dagang selama 15 minit.
  4. Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
  7. Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.
Saya dan suami berpandangan sama sendiri sambil senyum2
bila tengok gelagat kawan2 Shilah (anak yang form 2)
yang siap beratur panjang masa nak ambik nasi dagang.
Bagus betul disiplin!
Diaorang buat stail beratur macam kat kantin pulak... :))


...duk fokus kupas kulit udang... :)


Menu A - Z