BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Sira Pisang Nangka

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan buat semua.... :)

Dalam sibuk2 di dapur, terpaksa lah buat kueh yang senang2 je untuk sempurnakan menu bukak puasa. Alhamdulillah nasib baik cik abang sporting, takde komplen bila saya asyik2 buat gerodok ubi stelo, pulut sekaya, pengat2 dan sira2 jeh. Tak dan nak buat kueh yang leceh2 dan pakai banyak masa. Nak wat camne, kul 6 baru stat masak lauk, letak nasik dan buat kueh yang segera2 tuh...hehe

Dah lama senyap rancangan kuali di fzMenu, so kali ni nak tunjuk la kejap sira pisang nangka yang saya duk ulang buat tuh... best Sigho Pise Nako nih... boley kata sedap supo Sigho Pise Tanduk... nok dekat seghupo doh ghaso... :))


RESIPI SIRA PISANG
  • jerang secawan air + lebihkurang tiga suku cawan gula + 2 helai daun pandan yang disimpul + setitik dua pewarna kuning
  • pisang dikupas kulit, di potong dua
  • biarkan air gula agak cair2 likat baru dimasukkan pisang. beserta 5 - 6 kuntum bunga cengkih
  • Tabur sedikit lagi gula di atas pisang.
  • Tutup periuk, biarkan masak *sehingga warna pisang kuning keemasan dan air gula nampak berkilat*
***nota fzi: Jika ada air gula yang berlebih, jangan dibuang... agar tidak membazir boley di recycle, sirakan balik pisang/labu/ubi stelo*keledek yang dihiris nipis*


Menu A - Z