BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Bubur Pulut Hitam



Hari ni sampaikan hajat Shilah nak makan bubur pulut hitam. Dah dua tiga kali duk tanya saya bila nak buat. Alang2 beras pulut hitam dah beli minggu lalu, orite lah jadilah buat hari ni...terus sukat dalam secawan, basuh bersih2 kemudiannya rendam sekejap.

Bubur ini ada 2 cara nak masaknya. Satu masak masuk santan sekali, satu lagi santan di asingkan dari bubur yang sedang dimasak.

Saya selalunya memilih untuk masak guna cara yang kedua....rasa lemak2 manis gitu.... rasa macam lebih sedap sikit berbanding cara pertama... :))


Resepi Bubur Pulut Hitam

  • beras pulut hitam secawan
  • santan rm1 + garam *dimasak sekejap, sekali gelegak terus tutup api*
  • manisan siam 2 keret
  • gula untuk sempurnakan rasa manis
  • daun pandan 2 helai disimpulkan
Cara masak:
  1. Beras pulut yang direndam direbus dengan air sampai empuk.
  2. Bila dah empuk tu, masukkan manisan, gula serta daun pandan *sama macam masak pengat dsb*
  3. Bila hendak makan baru disudukan santan ke dalam mangkuk bubur.

Bubur Pulut Hitam versi 2(campur santan terus) ada di sini...

Menu A - Z