BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Singgang Tulang


Setiapkali nampak tulang rusuk lembu di pasar, selalu terbayang nak buat singgang. Kalau rasa 'tawar-tawar mulut' atau juga disebut "lecah mulut", sedap sangat kalau ada singgang tulang ni. Tapi pilihan anak2 tak menentu, kadang nak sup kadang nak singgang. Jadi kena tanya diaorang dan papa diaorang dulu sebelum decide nak buat yang mana satu. Beza sup dengan singgang, sup boleh dihirup sampai habis kuahnya. Sebaliknya singgang tak boleh lah buat macam sup, dikhuatiri sakit perut pulak sebab ia ada masam-masam sikit. Apa2pun kalau tanya saya, saya biasanya nak singgang je...


Bahan-bahannya:

  • sebatang tulang rusuk lembu
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*

Cara-caranya:
  1. Tulang direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

p/s: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))


Menu A - Z