BeKe ini nak betul sebutnya kena sebut dalam sebutan bahasa Inggeris untuk perkataan 'bear' dan 'care' .... hehe...
Sejak dulu yang saya tau kuih ini namanya BeKe, tapi bagi sesetengah orang ada yang panggil Kuih Bakar, Bengkang pun ya... tak kisah lah.... cam-cam nama ada, apa2 pun kuehnya agak simple, senang nak buat dan tersangat la sedap untuk hidangan minum petang sekeluarga.
Bahan-bahannya:
- 4 biji telor
- 3 cawan gandum
- 2 cawan gula *boleh ditambah/dikurang*
- 4 cawan santan pekat
- 1 cawan air daun pandan
- 1 sudu kecil garam
- sedikit vanilla
Caranya senang je....
- Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus.
- Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
- Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam oven selama sejam.
- Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.