BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Nasi Kerabu Kuning



Semalam teringat nak buat nasi kerabu. Sempena papa diaorang balik setelah 3 hari ke Ijtimak Malaysia 2009 di Sepang, elok juga dihidangkan dengan menu nasi kerabu nih. Ntah camane papa makan kat sana. So, semak2 bahan asas nak buat nasi kerabu, kebetulan pulak ada. Ulam2 macam daun kesum, bunga kantan dan serai tu alhamdulillah, ambik kat laman je. Yang lain2 tu nasib baik ada beli weekend hari tu.

At-last terhidang lah nasi kerabu semalam yang dimasak khas buat orang yang baru balik dari bermusafir... hehe


Bahan-bahannya:
1) Sambal kelapa
  • setengah biji kelapa untuk digoreng tanpa minyak
  • 1 sudu teh lada hitam/sulah
  • bawah merah
  • 3 ekor ikan tawar(ikan sardin/selayang) *kalau kembung memadai seekor je yang besar*
  • gula
  • garam
*** kesemua bahan ditumbuk

2) Tumis nasi kerabu
  • setengah biji kelapa diperah santan
  • setengah inci halia ditumbuk
  • 1 labu besar bawang merah ditumbuk
  • 2 batang serai diketuk
  • belacan
  • cili kering ditumbuk
  • manisan
  • garam
  • asam keping
  • 2 sudu besar budu *jika suka*
*** santan dijerang atas api., kemudian masukkan bahan-bahan lain. Masak sampai likat.

3) ulam-ulaman
  • kacang panjang
  • timun batang
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • serai
  • bawang besar
  • hirisan limau nipis
**** semua bahan dimayang halus. Jika ada ulam-ulam lain seperti daun gajus, ulam raja, kobis dll boleh je di tambah dalam hidangan.

4) Nasi
  • Masak nasi dengan sehelai daun pandan dan sedikit kunyit untuk hidangan nasi yang ceria kekuningan *saya tak buat nasi kaler purple, takde bunga talang*

Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan dengan budu, telor masin, keropok keping, ikan celup tepung dan daging bakar. Kalau sempat buat solok, lagi elok lah....mmmmm...

p/s: *Boleh stand-by sambal lada/sambal belacan buat yang suka pedas*
Nak buat sambal lada hanya tumbuk cili merah + cili api + seulas bawang puteh + gula + garam + cuka + sedikit air....

Menu A - Z