BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Nasi kaya Gerodok Ubi



Ini le salah-satu kueh segera kami di bulan puasa. Yang bagi gelaran 'kueh segera' atau 'instant' tu sebab masa nak masaknya tak sampai 10 minit,... siap. Tambah lagi selalunya di bulan2 puasa, saya teramat le bizi dengan projek cookies. Tu yang buat kueh yang mana dan je. Gerodok ubi lah yang selalu diterjah buat bila mata mengerling ke jam dinding, dah dekat2 pukul 7.oo, sudah hampir waktu berbuka. Jadi hanya itu je yang sempat di waktu2 kritikal cam tu.... :)


Nasi kaya gerodok ubi ni memang sedap. Buat cam-cam mana pun InsyaAllah gerenti jadi punya...hehe... Kalau tak de bekalan ubi maka jadilah ia hanya gerodok telor je... pun tetap sedap. Jom tengok nak buatnya camane.....


Bahan-bahannya:

  • Ubi keledek/stelo 2 ketul sederhana besar dimayang halus
  • telor 4 biji
  • manisan 4 kerek/gula melaka seketul besar
  • air
  • daun pandan disimpul
  • bunga cengkih 8 - 10 kuntum
  • sedikit garam

Cara-caranya:
  1. Cairkan manisan dengan sedikit air. Masak sampai likat.
  2. Masukkan daun pandan dan bunga cengkih.
  3. Satukan telor, sedikit garam dan ubi yang telah siap dimayang. Tuang perlahan2 ke dalam periuk manisan.
  4. Tutup periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga agak2 kering air manisan.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan samada masih panas atau yang sudah disejukkan di dalam petiais. Selamat mencuba....

10 comments:

ain said...

ala2 pengat ubi la ni ye kak. cuma pekat je la ekh..??

fzi said...

Alamak ain...its totally different...
Bukan macam pengat.. dia bih kurang pulut serikaya...cumanya yang ni takde la pulut dan masaknya pula bukan kukus.

Kakasma said...

tak penah makan nasi kaya gerodok ubi nie..nama pun pelik tapi rasa mesti sedap kan fzi..suka tul banyak resipi yang lain dari yg lain..

fzi said...

Hi...asma...
Memang nama pelik sikit.. kita orang kadang panggil nasi kaya kadang gerodok je...hehe
Asma leh la try buat... mudah dan cepat... InsyaAllah anak2 akan suka *anak-anak akak dah terbiasa mama diaorang masak kueh manis-manis ni...hehe*

blogresipi said...

Tak ingat pernah makan ke tak gerodok ubi neh.. tp nampak cam sedap jer kak fzi...

fzi said...

Ijan...
Ohh Ijan tak biasa ngan nasi kaya gerodok ni rupanya... kueh ni maybe familiar kat sesetengah tempat/daerah je...possible gak..

ramli said...

sebelum ni tak rajin jupe lg nasi kaya gerodok ubi ni...

fzi said...

Cik Ramli...
Gerodok ni rasa2nya kalu tanya yang duk belah2 kappong tu tau kot..

kuehnya low profile je, mungkin kat 'Padde Bah' pun takde jual... rasa dia bih kure mace pulut Sekaya(lapisan atah)..

cikgu said...

akak ni first time dgr nama kuih ni.rasenya kat trganu xde kuih ni.mcm best jer.

fzi said...

hahaha...cikgu, nampak gayanya akak ni tolong mem'fofuler' kan gerodok ni bagi pihak mereka2 yang tau dan penah rasa kueh ni...hehe
Memang best rasanya...cuba la buat k..

Menu A - Z