BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Kuah Rojak


Semasa berbual-bual dengan kak Mah jiran sebelah rumah, ada keluar cerita pasal kuah rojak ni. "tting!!" timbul idea, nak buat lah bila time anak2 balik nanti. Rasa teringin nak makan la pulak.

Bagaikan diseru-seru, semasa ke Pesta Makanan di sekolah Shilah Ahad lalu, nasib baik Rojak buah ada dijual sama. So, dapat la makan walaupun rasa kuahnya tidaklah se
KOW Kow yang kita buat sendiri...hehe

Cari2 gambar rojak buah *kamiorang panggil dengan gelaran "Rojak Jawo" * masa buat jamuan raya dulu, adalah terselit satu. .....Kira boleh lah di
publish walau presentation nya tak berapa cantik, hanya terhidang dalam mangkuk polistrin je...:))


Bahan-bahannya:

  • 1 cawan kacang tanah
  • 10 tangkai cili kering
  • belacan (sebesar ibu jari)
  • garam secukupnya
  • asam jawa
  • manisan siam 6 keret(kalau manisan kampung 4 keret *saiz lebih besar*)

Cara membuatnya:
  1. Goreng kacang dengan minyak sampai garing. Kemudian simpan sikit minyak tadi.
  2. Goreng lada kering. Angkat, sejat.
  3. Goreng belacan. Bila garing, angkat, sejat.
  4. Tumbuk kacang, kemudian asingkan.
  5. Tumbuk lada kering dan belacan.
  6. Masakkan manisan + air, biar sampai cair-cair likat. Sejukkan. Bila betul2 sejuk baru masukkan belacan, cili, air asam jawa(guna air masak), kacang dan garam.
  7. Sedia untuk dihidangkan samada dengan( i) rojak *bahan "Rojak Jawo" terdiri dari timun batang, sengkuang, jambu batu, jambu penawar, nenas, limau bali, kangkung yang dicelur, taugeh yang dicelur dan keropok keping yang dihancurkan kasar2* (ii) kepingan kacang tauhu yang di goreng dan di potong dua jadi segi tiga. Kemudian kacang tauhu dibelah tengah dan dibubuh taugeh yang dicelur, kangkung yang dicelur, timun batang dan sengkuang (iii) keropok lekor/keropok keping.

p/s... terkenang rojak jawa Cik Yoh Pok Ya jual bawah pohon celagi masa kecik dulu....hari-hari naik 'basikal chopper kaler purple' pegi beli....huuuu


Menu A - Z