BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Singgang Daging


Hujan2 macam ni sedap juga kalau menyinggang. Kebetulan bekalan daging lembu tempatan yang beli hari tu masih ada lagi. Jadi kira ON lah buat singgang daging untuk dinner malam ni... :)

Bila sebut singgang ni, dua-dua nama boleh diguna-pakai....Singgang Daging pun boleh, Daging Singgang pun boleh. Pendek kata kalau sebut 'singgang', boleh buat hati ini rasa tak dan dan nak start menyinggang....heheh


Resepinya, saya hanya c&p dari n3 Singgang Tulang yang lalu.....
Bagi yang belum pernah try buat singgang, jom try :)


Bahan-bahannya:


  • daging lembu tempatan
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*

Cara-caranya:
  1. Daging direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

***nota: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))


13 comments:

ain said...

saya lum pernah try lg buat singgang daging. mesti sedap kan..??? sy suka ikan kembung masak singgang, pas tu ada sambal belacan. sedapppp!!!!

Anonymous said...

salam kak fzi...wah, singgang daging pulak...dah lama tak makan...

kek batik tu,anak2 ima suka sangat..tapi agak lama dah tak buat...

Anonymous said...

Bestnye singgang daging... kena ade lengkuas baru leh buat nie... agak2 kalau buat pakai kamben sedap cam lembu tak kak? hheehe..sini lembu takde la..

fzi said...

Ain....
ohhh rugi la kalu belum try ain...
jom try.... memang sedap singgang ni...semua rasa ada... orang kelantan kat 'jeligho'.... makan nasi gerenti nak menambah :)

fzi said...

Wsalam ima...
Akak semalam tak plan pun nak wat singgang tapi hujan duk beghek tok berenti...tu yang tiba2 teringat sedap tuh makan nasik dengan singgang...hehe

Kek batik memang budak2 ramai suka.... :)

fzi said...

Ijan....
Tkde lengkuas pun jadik...singgang akak bukan selalu perfect pun...hihi.... Kalu takde lengkuas insyaAllah halia boleh cover...
Try le ijan buat kamben tu...boleh je akak rasa... tentu best ijan.... :)
p/s...ijan sebut kamben, teringin nyerrr nak makan kamben panggang...uishh..

sweets said...

kak sedap singgang daging..duk kelate ni la br sy tau...
mek msk...dh try jugak msk sendiri...
yummy!!

fzi said...

Hi sweet....

Wahhh...mesti dah terer sweet masak masakea kelate ya...hehe... selalu try buat sendiri sweet...lama2 expert la tu... :)

Suka akak dengar sweet suka masakan sana...kira dah serasi duk sana tuh... hehe syukurlah... :)

sot said...

Singgang daging ni memang membukak selera. Sesuai time kurang selera kerana kita akan jadi berselera.

indahhouse said...

Salam kak fzi,
apa khabar? saya nak mitak tunjuk ajar skit bole? kak fzi biz frozen food kan? agak2 kos letrik freezer bape sbulan kak? saya nak ajak my Mama kat kmpg buat biz ni. nak jual produk dah siap. tgok kos dulu. :)

fzi said...

Wsalam nur...
Khabar baik...alhamdulillah....
Pasal frozen food tu, setakat ni bil letrik alhamdulillah ok, takde la tinggi sangat... Mungkin sebab akak guna freezer yang saiz 3' je, bukan yang panjang macam kedai burger tu. Tahap sejuk pun minimum...tu sebab tak banyak pakai letrik kot.

Wahhh... bila nak stat projek tu nur? :)

indahhouse said...

Salam kak fzi,
heheh bajet saya ciput jer. cara org kmpg. bole tau freezer jenis ape tu kak? 3'? oh, freezer yg harga RM800 kat giant tu yer?petak

fzi said...

Wsalam nur...
Orite la tu nur... Start Small Think Big...InsyaAllah lama2 biz makin maju... :)

Freezer akak tu jenama HesStar rm1030...kalu nur nak tau citer masa beli peti tu camne, jemput baca citernya kat...

http://pkasih.blogspot.com/2008/06/fzfrozen-food.html

Menu A - Z