BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Kek Batik


Boleh kata agak kerap jugalah saya buat kek batik ni....cepat dan mudah... kacau2 gitu je sekejap atas api, dah siap..... selepas disejukkan 1 - 2 jam dalam petiais dah boleh dipotong2 makan.... :))

Sedap dijadikan makanan ringan kat rumah....anak2 duk ulang bukak peti ambik makan. Tapi awas...boleh menaikkan berat badan kalu asyik duk ulang makan ni je..... heheh

Saya ada 2 versi buat kek batik ni...sekali2 buat yang boh telor.... itu untuk nak bawak ke mana2.... luar dari rumah.... supaya strukturnya kekal keras dan tak cair bila berada outdoor. Tapi untuk makan2 kat rumah saja, anak2 lebih prefer yang tak masuk telor sebab lebih ori rasa coklatnya dan lebih enak dan crunchy rasanya sebab sentiasa duk dalam peti sejok.

Ok, untuk rujukan anak2ku besok2 terutamanya....sila rujuk resepi kek batik yang tak masuk telor ni ya....


Resepi Kek Batik

  • 2 layer dari sebungkus biskut Marie cap Ping Pong *lebih rangup berbanding lain2 brand*
  • 1 cawan milo ataupun 2 paket milo 3 in one
  • setengah(1/2) cawan chocholate powder/cocoa powder + cooking choc. 1 bar kecil....
  • setengah cawan minyak jagung + setengah ketul butter *buh separuh je butter, so takde la masin sangat jadinya kek batik*
  • setengah cawan cream cheese(lebihkan kalu nak lebih rasa cheese) .... kalu takde cheese cream boleh masuk 4, 5 keping cheesedale, pun boleh
  • tiga suku(3/4) cawan susu pekat manis
Satukan kesemua bahan kecuali biskut marie ke dalam periuk. Masak hingga semua sebati. Its ok kalu nampak ada cheese yang tak mau hancur tu. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Kemudian patah2kan biskut marie dan campurkan ke dalam bahan tadi...Kacau-kacaukan sebelum dituangkan ke dalam loyang. Tekan2 sedikit adunan biar kemas dan mampat keseluruhannya. Boh dalam peti dan biarkan 1 - 2 jam sebelum boleh dipotong. Sentiasa sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya bila hendak dimakan.

mmmm
....Sedap dan lazat....lebih rasa coklat....
:))


***nota: Saya biasanya letak dalam tempat beku(freezer) untuk jam pertama supaya cepat beku sebab semua orang kat luar dah siap beratur nak potong kek batik... :))


Menu A - Z