BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Ayam Bakar versi Oven

Sudah dua malam berturut-turut buat ayam bakar. Tapi bakar dalam oven je. Tak kuasa nak peringat api dapur arang memandangkan 'kaki bakar' kami tak balik minggu ni....heheh... Abang ada kursus pepimpinan dekat kolej... tu yang miss balik rumah.

Saya suka bakar ayam guna rencah asli kat dapur tu je... tak campur dengan macam2 perisa yang dijual di pasaran tu. Best pakai rencah asli ni...tak muak rasanya....
:)

Bahan perapan yang saya tumbuk lumat/blend untuk
Ayam Bakar ni hanyalah berupa:

  • bawang merah
  • bawang puteh
  • halia
  • serai
  • sedikit kelapa parut
  • garam
  • kunyit
  • sedikit gula
Caranya: Perap ayam dua tiga jam sebelum dibakar.

**Nota: Perapan ayam tu boleh juga dibuat untuk versi ayam goreng tapi kalau nak digoreng tak payah boh kunyit... Kalau letak kunyit, ayamnya cepat nak jadi hitam sedangkan isinya belum masak sepenuhnya. Untuk versi goreng sedap ditambah sedikit cili padi.


Menu A - Z