BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Sotong Masak Hitam


Tiap kali duk saing pilih2 sotong dengan pembeli2 lain di pasar, sedar2 saya selalunya customer yang paling lama pilih. Sebabnya sibuk cari sotong yang ada telor.

Tapi kena pilih gerai jugak la... takut terkena tuan gerai yang garang...marah pulak nanti duk angkat letak angkat letak sotong tu lama sangat....hehe

Best sangat rasa kalau dapat yang bertelor ni banyak2. Boleh dibuat Sotong Masak Hitam. Kalau bukan musim sotong bertelor, takde lah buat menu ni... buat bila beli sotong yang ada telor je..heheh


Resepinya:

  • Sotong bertelor *dibasuh bersih tapi jangan dibuang hitamnya*
  • bawang putih dua tiga ulas
  • 2 batang serai
  • garam
  • sedikit manisan
Cara nak buatnya ialah:
  • dengan hanya merebus sotong sampai empuk.
  • Sebelum itu pecahkan biji hitam di kepala sotong untuk dapatkan warna dakwatnya.
  • Setelah empuk, masukkan bawang putih dan serai yang diketuk.
  • Tambahkan garam dan manisan.
  • Rebus lagi sampai likat sedikit kuahnya sebelum ditutup api dapur.
  • Siap untuk dihidangkan.

Menu A - Z