BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Sira Labu


Sejak tak keluar dapur ni, tugas ke pasar beli lauk serah sepenuhnya kat suami untuk laksanakan. Main pesan2 je @ bagi senarai lauk yang nak kena beli @ sms papa kat pasar bila ada yang tiba2 teringat belum pesan.

Satu hari tu....


Ting!!


Teringat nak makan Sira Labu..... so takde main2 sms dah kat papa yang masa tu dah kat pasar. Terus
call suh beli labu.

"Labu Kuning tau pa, bukan labu yang orang buat sayur air tu...."
:)

Sira Labu ni memang sedap, mengalahkan sedapnya Sira Pisang atau Sira Ubi *bagi saya la...hehe*


Resipi Sira Labu

  • Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
  • Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
  • Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
  • Masukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
  • Masak lah sampai air sira cair-cair likat.
  • Dah siap.....


*** Cari labu yang kulitnya kuning (labu tua)


6 comments:

ain said...

lum pernah cuba lg sira labu ni. selalunya sira pisang aje. kat umah pun mmg ada labu xtra. boleh cuba kalau rajin nanti.hehe

fzi said...

boleh la cuba ain, labu dah ada tuh... InsyaAllah tak menyesal...hehe... lepas ain buat hari ni for sure pasni nak buat lagi.... :)

cute gurl said...

sedap sedap sedap!!!!!!
shilah suke sgt sira labu nie!!!
hei klo mama buat selalu mmg shilah jadi over weight!!!
hahahahahahahahahahahahahahahahaha...

sot said...

kalau kat kelantan, zaman muda2 dulu, sira labu ni lah yg dibuat pembasuh mulut pada jamuan kenduri kendara...memang sedap. fzi ni mmg terer aaa..

zalieda said...

up.. dah jumpa dah resipi sia labu nie.. dah lama cari esipi nie coz hubby or kelate.. suka benar di makan sira labu ni. dulu dah pernah buat jer tapi main campak2 jer tapi tak berapa nak jadi. nak tanya mertua segan ler plak..

fzi said...

Zalieda,
Sira labu ni memang popular kat kelantan...hsbd zalieda oghe kelate tentu suka makan sira-sira ni...hehe
Try le buat lagi...InsyaAllah mesti jadi kali ni...
Thanks k zalieda :))

Menu A - Z