BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Kueh Lopes








Buat kueh lopes ini ekceli untuk menu kueh berbuka di hari mula2 berpuasa. Saya buat banyak terus... 1kg pulut.... jadi dapat lah simpan dalam freezer untuk makan dua tiga kali. Senang, hanya kukus balik kemudian biarkan ia sejuk sampailah time nak makan waktu berbuka tu.

Kueh lopes ni antara kueh yang sering ada masa kami sesekali buat kenduri atau makan2. Dah la sedap dan tak jemu makan, buatnya pun senang dan tak ambik banyak masa kita kat dapur.

Bila dah direbus malam sebelum tibanya hari makan2 tu, tinggal tunggu potong je sekali arung keesokan nya dekat2
time tetamu nak datang.... Senang, takde lah saya terkejar2 nak layan buat kueh di saat2 tengah sibuk masak nasi dan lauk-pauk :)


Resepi Kueh Lopes
*up-date 25hb Oct, 9.25 mlm*

Bahan2nya:

  • Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
  • pati dari air perahan daun pandan
  • kelapa parut + garam
  • air manisan
  • daun pisang untuk membalut lopes
  • tali rafia untuk mengikat
Cara buatnya:
  1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan.
  2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
  3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
  4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat lagi di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
  5. Bila siap semua, rebuslah ia selama 1 - 2 jam.
  6. Toskan dan biarkan sejuk sebelum dihidang. *saya selalunya buat lopes malam untuk hidangan hari esoknya*
Cara hidangan:
  1. Kueh lopes dipotong sederhana tebal kemudian disalutkan pula dengan kelapa parut yang dah siap2 dibubuh garam.
  2. Hidangkan dengan air manisan.

    6 comments:

    sot said...

    Kueh ni memang power. Saya masih ingat lagi masa buat open house beberapa tahun lalu bila kueh ni mama buat sebagai pembasuh mulut, para tetamu sangat teruja dan memuji kesedapan nya. Teruskan keretiviti my dear.

    ain said...

    ni pulak fav anak sy yg kat N9. never miss lopes setiap kali bulan posa!!!

    fzi said...

    Papa,
    kueh lopeh memang sedap makan...tak muak...tu sebab sume tetamu kita sukeee... :)

    fzi said...

    ain,
    kalu camtu kena la mak nya selalu buat time balik2 cuti...tak gitu ain.. hehe

    kakak said...

    my mom mmg terer!!
    sume ley wat...ckp je la amendeee.
    super chef award for u, mama!!!

    fzi said...

    Ohhh tq tq kakak... :)

    Menu A - Z