BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Teresek Kacang Panjang

Salam semua...

Nak tunjuk menu kelate yang agak popular iaitu Teresek atau sebutan yang betulnya TE + RARE*sebutan bahasa Inggeris* + SACK*sebutan bahasa Inggeris*  atau dalam pelat kelate saya just panggil Teghesek.  Asal2nya berguru dengan seorang akak yang satu ketika dulu pernah jadi jiran kami di Kelantan. Semua panggil akak tu dengan gelaran Umi.  Wallahu'alam kat mana umi sekarang, dah lama terputus hubungan... moga sentiasa dalam perlindungan Allah... aminnn

Best teresek ni.... jelira makan nasik, kebetulan hari tu saya tambah goreng ikan terubuk masin yang neighbour sebelah umah kasi.  Uishh... tak pasal2 terpaksa la menambah makan nasik... hehe


RESEPI TERESEK KACANG PANJANG

Bahan2nya:
  • hati pedal, tekak dan kaki ayam(potong kecil/dadu)
  • kacang panjang (dipotong menyerong)
  • bawang merah besar1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • halia muda 2 inci **
  • dua tiga hiris lengkuas **
  • cili kering dua tiga tangkai (direndam, basuh bersih) **
  • rempah kari 1 sudu besar
  • kerisik setengah cawan
  • garam
  • manisan
  • santan RM1 @ 3/4 cawan*campur air masak*
Cara2nya:
  1. Bahan bertanda ** di tumbuk/blend.
  2. Hati pedal, tekak beserta kaki ayam dimasak tanpa minyak untuk keringkan airnya. 
  3. Bila dah agak2 kering air masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tak lama selepas itu baru masukkan pes rempah kari.
  4. Masak hingga berpalut semua *peringkat ini saya masak lama sikit.. stage"matti hawas oghe kelate kata".
  5. Bila dah empuk kaki ayam dan pedal semua baru dimasukkan santan.  Perisakan dengan garam dan manisan.
  6. Masak sampai agak2 hampir kering baru dimasukkan kerisik diikuti dengan kacang panjang.
  7.  Gaul2kan biar berpalut semua....
**info fzi:  Teresek akan menerbitkan aroma yang harum sekali. Memang sedap untuk dijadikan rencah sampingan di meja makan. Sesapa yang dapat banyak hati/limpa lembu pada hari raya kurban hari tu, boleh la terai buat teresek nih, tak rugi kita pelbagaikan menu... :)

**TERESEK JANTUNG PISANG dalam posting terbaru di sini

10 comments:

Peri PiA said...

nampak sedap ni,siap ade kelas bahasa kelate :)

terimo kasih..baru tahu sebut

she-G said...

arwah mak mertua dulu sempat ajar tp teresek jantung pisang..lain ke kak??rasa cam ade letak santan same..kalo tak silap la...

sot said...

Looks very rich. Side kick yang power. Tambah nasi sepingge lagi, yang.

fzi said...

Wsalam pia...
Orite pasni boley la sambung lagi kelas bahasa klate tuh dalam n3 seterusnya...hehe

fzi said...

she...
Akak rasa betul la tu kot teresek yang she belajar dari MIL tu... teresek jantung pisang pun boleh buat... best! Teresek ni she, fungsi dia cam kerabu sedap dibuat makan sesaja, ratah2 gitu.. :)

fzi said...

Tuan Sot..
Control...control... kan dah berazam nak diet.. :)
Memang KaW rasa teresek ni, tapi sepatutnya boh banyak lagi kacangnya kan pa... Ini mama taruk kacang yang ada belen tu je.. :)

muna b said...

teresak ni seakan rendang pulak.cuma bezanya ia dibubuh kacang panjang. nampak memang menyelerakan. tambahan perut tengah lapar ni.insyaalah akan dicuba.hehehe

fzi said...

mona...
ha'ah, nak lebih kurang la kot cuma bezanya yang ni masuk rempah kari sikit. Terai le mona, kita kalu ada hati/pedal ayam terlebih tu suka buat teresek... kalu nak cepat baru wat hati pedal goreng kicap je.. :)

mona b said...

hari ahad lepas dah cuba masak, guna hati dn pedal ayam..rasenya ok..sedap!terima kasihla ti....

fzi said...

mona...
TQ terai resepi... boley tahan kan best... lupa nak remind taruk kacang tu lebih2 sikit...kita ari tu boh sikit je sebab nak abihkan yang mana ada dalam peti tu je.. :)

Menu A - Z