BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Nasi Dagang dan Gulai Udang

Semalam raya ke 3, selamat buat nasi dagang berlaukkan gulai udang dan gulai ikan aya.  Tambah la buat sambal nasi dagang dan rebus telor sebagai pelengkap menu.  Buat hanya 1.5 kg beras, 2 ekor ikan aya dan tak sampai sekilo pun udang tapi alhamdulillah cukup untuk suruh anak teruna pegi hulur dekat 3 rumah jiran terdekat.  Kirimkan sekali muffin dan kek karet tanda ingatanku di hariraya... :)

Resepi nasi dagang, gulai ikan aya dan sambal ikan dah ada dalam senarai.  Gulai udang semak2 belum letak lagi tapi resepinya sama cam nak buat gulai nasi dagang stail tenganu.  Jemput tengok2 dekat SINI....

RESEPI GULAI UDANG
Bahan2nya:
  • udang sederhana besar
  • santan RM1 @ tiga suku cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti udang
  • lengkuas 2@3 hiris **
  • halia muda 2 inci **
  • bawang merah besar 1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • sedikit kunyit hidup **
  • cili kering 2 tangkai **
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
Cara:
  1. Renihkan santan sambil dikacau sekali sekala.
  2. Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
  3. Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
  4. Bila tumisan dah masak cantik tuangkan ke dalam periuk santan.  Tinggalkan sedikit untuk dicampurkan udang ke dalamnya.
  5. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
  6. Udang dimasukkan ke dalam kuali yang ada lebihan tumisan tadi, dikacau2 sebentar hingga kulit udang sume bertukar kemerah-merahan.
  7. Setelah itu bolehlah dicampurkan udang ke dalam periuk kuah.
  8. Masukkan asam keping.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.
    **nota fzi:  Saya buat tumisan dalam kuantiti yang lebih sikit, jadi bila dah masak tumisan, bahagikan 1/3 daripadanya untuk gulai udang manakala 2/3 selebihnya untuk gulai ikan aya.



    RESEPI SAMBAL NASI DAGANG
    Bahan2nya:
    • Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
    • nyior goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing
    • bawang merah besar 1 labu (saiz sedang2)
    • halia muda 1 - 1 setengah inci
    • serai 1 batang di ricik halus
    • lada hitam 1 sudu teh
    • garam
    • manisan +- satu keret
    Cara:
    1. Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah.
    2. Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar.
    3. Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata semua rasa.... mmmm...wangiiii bau sambal nih... :) 

    Menu A - Z